Sunday, 9 April 2017

Rupanya Ini Punca Malaysia Tamatkan Penganjuran F1

Rupanya Ini Punca Malaysia Tamatkan Penganjuran F1. Kabinet telah bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan Formula One (F1) bermula tahun 2018, memandangkan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding dengan kos penganjuran kejohanan tersebut, kata Perdana Menteri," Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira laporan dan pandangan daripada Sepang International Circuit (SIC) mengenai impak kewangan acara F1 ini kepada semua pihak-pihak berkepentingan.

Rupanya Ini Punca Malaysia Tamatkan Penganjuran F1. "Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang sangat tinggi setiap tahun. Namun begitu, pulangan daripada menganjurkan kejohanan ini semakin berkurangan dari segi penonton, pengunjung dan jumlah kedatangan pelancong asing semasa perlumbaan berlangsung sejak beberapa tahun yang lalu," katanya dipetik dalam blognya NajibRazak.com.

Mengulas lanjut, Najib berkata, pada tahun 1999 hanya 16 buah negara menjadi tuan rumah kepada perlumbaan berprestij ini termasuk dua negara Asia, tetapi ianya kini telah meningkat kepada 21 buah negara dengan enam negara Asia, sekali gus mengakibatkan penurunan pulangan kepada penganjur dan negara.

"Penamatan penganjuran ini akan membolehkan Kerajaan meningkatkan pembiayaan dalam sukan permotoran bagi pembangunan bakat, infrastruktur, pemindahan kemahiran dan pengetahuan.

Rupanya Ini Punca Malaysia Tamatkan Penganjuran F1


"Kerajaan juga akan menggunakan peruntukan yang ada bagi kegunaan perlumbaan lain seperti MotoGP dan Go-kart, membina litar perlumbaan khas di Sungai Petani, menaik taraf kemudahan di SIC di samping membantu pemandu profesional negara menjadi pemandu F1," katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya Litar Sepang akan terus memainkan peranan penting dalam usaha kita mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia akan terus menjadi tuan rumah kepada acara sukan permotoran utama seperti MotoGP dan banyak lagi perlumbaan bertaraf nasional, serantau dan antarabangsa yang akan terus menarik pengunjung ke Malaysia

"Meskipun begitu, Petronas akan meneruskan penajaan ke atas Pasukan Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan F1 sebagai strategi pemasaran syarikat berkenaan," katanya.

Rupanya Ini Punca Malaysia Tamatkan Penganjuran F1


Sementara itu, katanya kerajaan Malaysia sedia maklum dan mengakui sokongan yang telah diberikan oleh Formula One Management (FOM) sepanjang penganjuran perlumbaan tersebut di negara ini sejak 19 tahun yang lalu.

"Saya juga ingin menzahirkan setinggi penghargaan atas persefahaman serta persetujuan FOM yang bersetuju perlumbaan F1 2017 di Sepang menjadi perlumbaan terakhir di litar tersebut," katanya. -sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Zaman pemerintahan Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Serobone Sultan Abdul Jalil, Makcik jual goreng pisang tepi jalan pun boleh bungkus. Sebab semuanya dikenakan GST dan tarik subsidi.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...