Sunday, 30 April 2017

Ribut Landa Muktamar PAS

Ribut Landa Muktamar PAS. Kira-kira 18 orang disahkan cedera selepas ribut melanda kawasan sekitar Muktamar PAS yang sedang berlangsung di Komplek PAS Kedah petang tadi, yang turut merosakkan lebih 30 khemah jualan dan pameran.

Difahamkan, hujan lebat disusuli ribut kira-kira setengah jam kira-kira 7 petang menyebabkan beberapa khemah peniaga rosak.

Ribut Landa Muktamar PAS




Setiausaha Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamuddin ketika dihubungi FMT berkata, beberapa orang termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.


“Kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang, mengakibatkan lebih 30 khemah peniaga dan pameran sekitar muktamar rosak teruk. Juga ada yang mengalami kecederaan,” katanya.

Ribut Landa Muktamar PAS


Beliau berkata, pihak bomba dan Jabatan Amal PAS menyediakan bantuan kepada mangsa.


Muktamar yang akan berakhir Ahad ini dihadiri lebih 1,200 perwakilan dari seluruh negara. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucaptama pagi tadi manakala muktamar sayap berlangsung semalam dan kelmarin.

Ribut Landa Muktamar PAS.  Sementara itu, susulan insiden itu, program ceramah malam ini di kompleks itu dibatalkan. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Adakah ini bala atau ujian atau Allaah bayar cash akibat keceluparan mulut ulamak yg keluarkan kata2: JAHANAM PAN?
    Sesiapa pun boleh tafsirkan kejadian ini mengikut kahendak dia.
    Bagi ulamak2 parti bulan, mereka akan mencanangkan yang ianya satu ujian drp Allaah. Takkn mereka nak katakn ianya bala kan?
    Bagi pihak lain, ianya bala kpd parti dan Allaah telah bayar cash terhadap keangkuhan dan keceluparan mulut ketua ulamak negeri yg keluarkan kata2 JAHANAM PAN!
    Kenapa ditafsirkan Allah Bayar Cash? Tk salah utk berfikiran begitu krn ada seorang pimpinan parti itu pun pernah berkata demikian bila PPinang dilanda banjir tempoh hari.
    Apa2 pun, kata lah apa yg kamu nak katakan krn mulut kamu sendiri yg berkata.
    Tapi apa pasti, ianya satu musibah yg diturunkan Allaah kpd penyokong dan parti bulan.

    ReplyDelete
  2. ada yang syahid tak?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...