Wednesday, 12 April 2017

Rafizi Ramli Tetap Akan Dedahkan Penerima Dana 1MDB

Rafizi Ramli Tetap Akan Dedahkan Penerima Dana 1MDB. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mengingatkan beliau mengenai dosa dan pahala.

Pada masa yang sama, ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan bahawa kerana Allah beliau terdorong untuk mendedahkan kes-kes rasuah.

"Saya menghormati pandangan Hadi dan itu adalah hak beliau. Saya mengucapkan terima kasih atas peringatan beliau tentang dosa dan pahala.

Rafizi Ramli Tetap Akan Dedahkan Penerima Dana 1MDB. "Saya memohon keampunan daripada Allah sepanjang masa," kata Rafizi kepada Malaysiakini.

"Malah, ia kerana saya takut kepada Allah daripada segala-galanya," katanya sambil menambah itu mendorongnya untuk lantang menyuarakan isu integriti dan rasuah kerana menurutnya, itu menjadi tugas ahli Parlimen Muslim yang baik.

Rafizi juga berkata walaupun beliau gembira Hadi telah memaafkan beliau, namun pemimpin PKR itu menegaskan bahawa beliau tidak pernah memohon kemaafan daripada presiden PAS itu.

"Saya gembira beliau memaafkan saya, walaupun saya tidak memohon maaf kepadanya," katanya.

Rafizi berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Hadi bahawa Rafizi telah berdusta bahawa seseorang yang rapat dengan PAS didakwa menerima dana 1MDB.

Rafizi Ramli Tetap Akan Dedahkan Penerima Dana 1MDB


Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai "300 peratus" tidak benar, Hadi berkata beliau memaafkan Rafizi atas dakwaan tersebut, tetapi menasihati beliau bertaubat dengan Allah.

Kelmarin, Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa orang yang didakwa menerima dana itu adalah bekas pemimpin kanan PAS, yang menjadi jambatan antara Umno dan PAS.

Beliau juga berjanji untuk mendedahkan bukti mengenai dakwaan itu lewat minggu ini.

Rafizi juga berkata, memandangkan beliau bersedia untuk menerima peringatan presiden PAS itu, maka beliau berharap Hadi juga akan menerima peringatannya.

Dalam semangat yang sama, kata Rafizi, beliau berharap Hadi menerima peringatannya bahawa PAS perlu berhati-hati dengan muslihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu Akta 355 telah digunakan sebagai satu penuasan untuk memastikan PAS tidak mengkritik Najib mengenai isu-isu seperti 1MDB.

Rafizi Ramli Tetap Akan Dedahkan Penerima Dana 1MDB. Mengenai bukti mengenai dana yang didakwa diterima seorang pemimpin PAS, yang mahu didedahkannya kepada umum, Rafizi berharap Hadi akan menilainya secara objektif. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...