Thursday, 27 April 2017

Produk Pure Stevia Didapati Palsu

Produk Pure Stevia Didapati Palsu. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk semula artikel bertajuk “Awas Stevia Palsu” yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian bertarikh 27 Mac 2017.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemantauan ke atas produk stevia di pasaran.

Hasil pemantauan mendapati satu sampel jenama Pure Stevia keluaran syarikat VJS Cosmo Ent tidak mengandungi stevia.

Produk Pure Stevia Didapati Palsu. Sehubungan itu, KKM mengarahkan syarikat terlibat memanggil balik produk tersebut dari pasaran dan tindakan mahkamah akan di ambil ke atas syarikat berkenaan di bawah Akta Makanan 1983.

KKM akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk stevia dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil serta pengguna akan dimaklumkan.

Produk Pure Stevia Didapati Palsu


KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Produk Pure Stevia Didapati Palsu.  Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...