Monday, 24 April 2017

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT. Impian penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk terus mara dalam saingan Piala FA tidak kesampaian apabila tewas dengan jumlah agregat 3-4 dengan Pahang dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, malam ini.

Meskipun pada mulanya perlawanan seakan-akan​ memihak kepada JDT, namun jaringan tunggal import Pahang pada minit akhir perlawanan meranapkan hajat tuan rumah untuk mengekalkan kejuaraan. 

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kelima apabila Gonzalo Cabrera berjaya menampan masuk bola hasil hantaran hantaran terus Safiq Rahim.

Kehadiran gol awal tersebut menyaksikan skuad Tok Gajah sedikit kelam kabut pada minit awal permainan selain jentera tengah pasukan yang kelihatan sedikit goyah.

Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila Gabriel Cabrera meledak masuk gol kedua buat pasukan hasil hantaran Azrif Nasrulhaq pada minit ke-22.

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT


Pahang kemudiannya cuba merapatkan jurang jaringan apabila penyerang import mereka, Matheus Alves Leandro berjaya menembusi gawang JDT namun hantarannya gagal disempurnakan Joseph Kalang Tie pada minit ke-29.

Pertemuan satu dengan satu antara Gabriel Guerra dengan penjaga gol, Wan Mohd Azraie pada minit ke-82 gagal menzahirkan gol ketiga JDT apabila tendangan sekadar berakhir di dakapan.

Namun jaringan akhir Mohamadou Sumareh pada babak akhir permainan memastikan skuad kendalian Dollah Salleh untuk merampas slot terakhir ke pusingan seterusnya.

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT


Keputusan kekal 2-1 hingga wisel penamat yang menyaksikan Pahang menjadi pasukan terakhir mara ke peringat separuh akhir Piala FA mengiringi Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu. - sinar


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...