Sunday, 2 April 2017

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT. Jurulatih Pahang Dollah Salleh mengakui kemenangan 3-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir pertama Piala FA malam tadi, bukan jaminan untuk pasukannya mara ke separuh akhir kejohanan itu.

Menurutnya, ini ditambah dengan keupayaan JDT menghasilkan satu gol di Stadium Darul Makmur, di sini yang boleh memberi kelebihan kepada skuad Harimau Selatan itu kemudian atas kiraan jaringan di tempat lawan.

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT.  Malah apa yang lebih membimbangkan Dollah adalah walaupun pasukannya menang, pemainnya tidak beraksi dengan baik.

“Kemampuan JDT menjaringkan 1 gol di sini, memerlukan pemain saya menampilkan komitmen yang lebih tinggi dalam aksi suku akhir kedua nanti.

“Bagi saya, kemenangan ini belum lagi selesa buat Pahang kerana kita cuma menang 3-1, 1 gol yang dijaringkan lawan pula cukup bermakna buat mereka sebagai bekalan,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT


Dollah mengakui persembahan anak buahnya memang jauh berbeza daripada tahap kemampuan sebenar, namun keputusan yang diperoleh amat membanggakan.

“Ramalan Presiden PBNP (Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang yakin Pahang akan menang dengan sekurang-kurangnya 3 gol adalah tepat tapi 1 gol yang diperoleh JDT amat berharga untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora berkata, analisis terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti kesilapan untuk memastikan ia tidak berulang di suku akhir kedua di Stadium Hassan Yunus, Larkin nanti.

Mora berkata, pemainnya menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi kesilapan serta aksi longlai di babak akhir permainan menyebabkan mereka tewas.

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT


“Kami masih pasukan yang lebih baik. Saya masih yakin kami mampu mengatasi kekecewaan ini,” katanya.

Beliau juga tidak mahu pemainnya dihantui dengan kekalahan itu dan yakin skuadnya mampu menampilkan aksi terbaik apabila bermain di depan penyokong sendiri nanti.

Piala FA 2017 : Pahang Kalahkan JDT.  “Satu gol yang dihasilkan pasti memberi kami sedikit kelebihan tetapi saya mahukan kemenangan tanpa memerlukan kiraan jaringan itu,” katanya. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...