Friday, 7 April 2017

Pendedahan Rafizi Ramli

Pendedahan Rafizi Ramli. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai individu rapat dengan Pas yang menerima dana daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

Beliau berkata, pihaknya ingin menyelitkan mengenai perkara itu ketika perbahasan mengenai usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, namun sesi berkenaan  ditangguhkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Aman Mulia.

Pendedahan Rafizi Ramli. “Jika tidak, saya ingin bangkitkan perkara ini dalam sesi perbahasan tersebut sekiranya ia tidak ditangguhkan.

“Dan saya inginkan  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab mengenai perkara ini,” katanya, semalam.

Pada persidangan Parlimen semalam, Pandikar Amin membuat keputusan penangguhan perbahasan 4 petang dan mendapat bantahan ahli parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul itu.

Kekecohan mula tersebut apabila ahli-ahli parlimen pembangkang bertindak bangun dan melaungkan ‘ini tidak adil’, namun Pandikar Amin tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang berkenaan.


Pendedahan Rafizi Ramli


Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk  Takiyuddin Hassan  menafikan dakwaan Rafizi terdapat individu yang rapat dengan parti Islam itu menerima dana tersebut.

Dipetik Malaysiakini, Takiyuddin berkata, Pas tidak ada menerima apa-apa dana daripada mana-mana pihak.

Pendedahan Rafizi Ramli. “Saya tak ada maklumat dan tak ada apa-apa pengetahuan langsung (mengenai dana 1MDB),” katanya. - sinar


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. dah ada bukti pergi report dgn SPRM la

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...