Wednesday, 5 April 2017

Pemimpin Bersatu Tiada Sokongan Akar Umbi?

Pemimpin Bersatu Tiada Sokongan Akar Umbi? Barisan  kepimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai sebuah parti baharu dilihat tiada berwibawa untuk memimpin negara, dakwa Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

Ini berikutan ahli-ahli GKCM di seluruh negeri menyatakan pendirian bersama untuk tidak menyokong kepimpinan pusat Bersatu dalam satu sidang media GKCM pusat yang diadakan di Negeri Sembilan pada 2 April lalu.

Pemimpin Bersatu Tiada Sokongan Akar Umbi? "Setelah GKCM mengeluarkan kenyataan yang kami tidak menyokong kepimpinan tertinggi PPBM dengan alasan alasan yang jelas mempunyai asas yang kukuh, kami mendapat kritikan dan pujian daripada kelompok masyarakat yang berbeda pandangan dan perspektif.

"Kenyataan yang kami buat adalah berdasarkan pemerhatian dan pandangan serta diskusi dengan masyarakat pelbagai lapisan.

"PPBM perlu menerima hakikat bahawa rumah yang baru mereka bina mempunyai banyak kekurangan kerana mereka menggaji terlalu ramai tukang yang tidak mahir.

"GKCM tetap akan terus berada di barisan hadapan dengan teguran dan kritikan dalam memastikan bahawa wadah perjuangan bangsa tidak berlantaikan ampu dan bodek serta berbumbungkan kronisme dan bunuh membunuh ke atas watak watak pemangkin dalam perjuangan perubahan bangsa," ujar Mohd Isa Yassin, Pemikir GKCM Pusat dalam kenyataannya semalam.

Pemimpin Bersatu Tiada Sokongan Akar Umbi?


Mohd Isa berkata, gabungan itu mengharapkan Pengerusi parti Tun Dr Mahathir Mohamad tìdak meninggalkan bangsanya dengan legasi yang tidak berwawasan dan penuh dengan kemusnahan.

"Tun Mahathir perlu disanjung sebagai negarawan ulung bukannya dipergunakan sebagai kuda tunggangan pihak yang dahagakan kedudukan dan kekayaan.

"Orang Melayu perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh mendiamkan diri dengan kelemahan yang berlaku di depan mata.

"Ramai yang mengeluh bahawa kepimpinan PPBM dengan dibantu oleh pegawai kanan mereka bukanlah gandingan kepimpinan yang mempunyai keistimewaan untuk memacu kecemerlangan," ujarnya.

Menurut Mohd Isa lagi walaupun GKCM menerima banyak cemuhan kerana mendedahkan kepincangan dalaman parti, sikap mendiam diri pimpinan Bersatu tanpa mahu menjawab krisis berlaku, sewajarnya tidak berlaku.

"Sayang bahawa Melayu masih berpegang pada perumpamaan 'kuah akan tumpah ke nasi juga' walaupun ianya belum pasti. Pemilihan lingkaran rakan-rakan yang tidak berwibawa dengan hujah-hujah tidak ilmiah hanya menguatkan lagi kemusnahan yang akan berlaku.

"Patutlah sesetangah pemimpin PPBM tidak pernah memenangi jawatan-jawatan yang ditandinginya semasa dalam Umno dahulu.

"Kami tidak memusuhi sesiapa atau meminta apa-apa. Malahan kamilah yang berada di barisan hadapan hingga tertubuhnya PPBM.

Pemimpin Bersatu Tiada Sokongan Akar Umbi?


"Melayu perlu sayang pada bangsa dan generasinya. Jangan menyokong membawa rebah.

"Keluarlah dari penjara pemikiran yang pemimpin itu sentiasa perlu disanjung walaupun mereka tidak mencapai wawasan yang kita harapkan," tegasya.

Pada 2 April lalu GKCM seluruh negeri menetapkan pendirian bersama dalam mesyuarat gabungan itu untuk tidak lagi menyokong kepimpinan pusat.

Timbalan Presidennya Datuk Mohd Zin Mustapa dipetik berkata, GKCM memandang serius tentang perkembangan politik mutakhir ini dakwanya, terdapat banyak kepincangan dalam partiyang baharu tujuh bulan ditubuhkan itu.

GKCM telah mengenalpasti beberapa perkara yang menjadi punca permasalahan parti yang diterajui Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.

Pemimpin Bersatu Tiada Sokongan Akar Umbi? Dakwanya beberapa pemimpin tertinggi dalam parti jelas mengamalkan kronisme dengan melantik rakan-rakan mereka untuk menerajui kepimpinan di peringkat Bahagian-Bahagian. - md


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...