Wednesday, 26 April 2017

Pelajar Tahfiz Mohamad Thaqif Amin Meninggal Dunia

Pelajar Tahfiz Mohamad Thaqif Amin Meninggal Dunia. Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.05 petang tadi.

Berita kematian itu disahkan bapa mangsa, Mohd Ghaddafi Mat Karim,43, yang berada bersama keluarga ketika menemani anak lelaki sulungnya itu dengan bacaan doa untuk kesembuhannya.

Pelajar Tahfiz Mohamad Thaqif Amin Meninggal Dunia. Allahyarham pelajar 11 tahun itu sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.

Kira-kira jam 8 pagi tadi, Mohamad Thaqif Amin dijadualkan melalui proses pembedahan memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman sebelum dilaporkan terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan jantung.

Pelajar Tahfiz Mohamad Thaqif Amin Meninggal Dunia


Dia mengalami kemerosotan kesihatan sejak dibawa keluar dari madrasah tahfiz itu, 31 Mac lalu bukan hanya kehilangan kedua-dua belah kakinya, malah dijangkiti kuman di tangan kanan, darah beku di tangan kiri selain sebelum ini kegagalan buah pinggang berfungsi berada dalam tahap kritikal yang ditempatkan di Wad Dependensi Tinggi, Hospital Sultan Ismail, di sini. Al-Fatihah. - sinar


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...