Tuesday, 18 April 2017

Pejabat Menteri Besar Kelantan Dipecah Masuk

Pejabat Menteri Besar Kelantan Dipecah Masuk. Pejabat Menteri Besar Kelantan dan Pejabat Perbendaharaan Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, dipecah masuk penceroboh (gambar) dalam kejadian dipercayai berlaku pada malam tadi.

Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan Syazwan Mohd Hasan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan memberitahu ia hanya disedari pada pagi ini oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Pejabat Menteri Besar Kelantan Dipecah Masuk.  “Susulan kejadian itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu di sini, kira-kira 9.30 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati sejumlah wang tunai didapati hilang daripada tempat simpanan dan dipercayai diambil oleh penceroboh berkenaan,” katanya.

Syazwan berkata bagaimanapun tiada sebarang dokumen dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

Pejabat Menteri Besar Kelantan Dipecah Masuk


Sementara itu pemangku Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Pejabat Menteri Besar Kelantan Dipecah Masuk.  Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk ke dalam bangunan dan sebarang perkembangan akan diberitahu kemudian. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Macam muka wahid senario saja. Ooops ! itu mirip wahid masa muda dizaman lagi lagi senario. Wahid dah berumur wajah dia tak serupa masa muda dulu. Lucu sugguh adengan ini.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...