Thursday, 13 April 2017

Peguam Bengang Dalam Kes Kim Jong Nam

Peguam Bengang Dalam Kes Kim Jong Nam. Peguam 2 wanita yang dirakamkan menyerang Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada Februari lalu hari ini memberitahu mahkamah rasa tidak puas hati mereka dengan pendakwa raya yang masih enggan memenuhi permintaan untuk mendapatkan rakaman CCTV itu.

Aduan itu menyebabkan hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Harith Sham Mohd Yasin, membuat keputusan kes itu tidak dibawa ke Mahkamah Tinggi, dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 30 Mei.

Peguam Bengang Dalam Kes Kim Jong Nam.  Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, dan warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, hari ini tiba di mahkamah, lebih sebulan selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret pada 1 Mac, atas pertuduhan membunuh Jong Nam, abang tiri diktator Korea Utara, Kim Jong Un.

Kematian Jong Nam mencetuskan perbalahan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, yang enggan menyerahkan rakyatnya yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.

Peguam Siti Aisyah, Gooi Soon Seng hari ini melahirkan rasa tidak puas hatinya apabila sehingga kini pendakwa raya tidak membekalkan sebarang maklumat berkenaan siasatan pembunuhan itu.

Menurutnya, permintaannya mendapatkan rakaman CCTV dan kertas siasatan terhadap beberapa orang warga Korea Utara dari polis juga masih tidak dipenuhi.

Peguam Bengang Dalam Kes Kim Jong Nam


“Kami tidak berpuas hati terhadap siasatan yang dilakukan dalam kes ini. Kami lakukan permohonan untuk dapatkan maklumat dari polis beberapa kali dan mahu berjumpa anak guam tetapi ditolak.

“Kami mohon CCTV, termasuk CCTV awam. Kami mohon untuk dapatkan maklumat dan kenyataan dari anak guam kami,” katanya.

Gooi menambah, peguam juga hanya dibenarkan bertemu anak guam mereka selama 45 minit.

“Kami kehilangan masa berharga,” katanya di mahkamah.

Peguam Doan Thi Huong, Datuk Naran Singh turut mempersoalkan tindakan polis tidak membekalkan maklumat tambahan kepada mereka.

“Sehingga kini, laporan kertas siasatan terhadap 4 orang warga Korea Utara masih tidak diperoleh,” katanya.

Sebelum itu, kedua-dua wanita hadir ke mahkamah dengan dibekalkan jaket kalis peluru, diiringi anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) yang lengkap bertopeng.

Sementara itu, pendakwa raya, Muhamad Iskandar Ahmad berkata terdapat beberapa permintaan yang diminta oleh kedua-dua peguam tidak dapat dipenuhi.

Peguam Bengang Dalam Kes Kim Jong Nam


“Kami tidak tahu permintaan mereka, ini kerana mereka lakukan permintaan berkenaan kepada polis dan bukannya pihak kami.”

Beliau berkata kertas siasatan tidak dapat dibekalkan kerana ia bukan dokumen awam.

“Tetapi ada beberapa dokumen yang kami akan serahkan, tetapi masih belum siap,” katanya, tetapi enggan mendedahkan dokumen yang masih belum siap. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...