Friday, 28 April 2017

Patutlah PAS Laung Jahanam PAN.. Ini Puncanya

Patutlah PAS Laung Jahanam PAN.. Ini Puncanya. PAS tampil membetulkan “kekhilafan” mengenai laungan jahanam Amanah pada pembukaan mesyuarat agung tahunan dewan ulama pagi tadi, dipercayai kerana kekeliruan orang ramai yang mengikuti liputan perjalanan muktamar yang berlangsung hari ini.

Perwakilan Terengganu Nik Nasri Nik Malek berkata laungan “jahanam PAN” yang dilaungkan delegasi ulama PAS dari seluruh negara bukanlah sejenis ikrar, sebaliknya cuma laungan sampingan.

Patutlah PAS Laung Jahanam PAN.. Ini Puncanya. PAN merupakan singkatan tidak rasmi yang digunakan PAS untuk merujuk kepada serpihannya, Parti Amanah Negara, yang ditubuhkan bekas pimpinan PAS yang tewas pemilihan parti 2015.

Media melaporkan tirai himpunan ulama hari ini dibuka dengan “ikrar” jahanam Amanah, yang dilaungkan dalam bahasa Arab.

“Saya nak kata matlamat ikrar kami sebenarnya ialah Allah matlamat kami, rasul ikutan kami, al-Quran perlembagaan kami dan mengikut jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

“Kalau tuan tidak faham bahasa Arab, tuan boleh tanya apa yang kami sampaikan, adapun ‘jahanam PAN’ itu hanyalah kata-kata sampingan bukannya ikrar.”

Patutlah PAS Laung Jahanam PAN.. Ini Puncanya


Pagi tadi, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah Mohd Rejab Md Akhir meminta para perwakilan supaya berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan laungan jahanam Amanah, diikuti laungan takbir.

“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan himpunan ulama PAS yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob.

FMT belum dapat memastikan sama ada laungan sampingan ini pernah dilakukan terhadap parti lain sebelum ini.

Nik Nasri kemudian meminta pengamal media supaya tidak memutar-belitkan laungan tersebut agar orang ramai tidak tersalah faham.

“Tolong jadi media yang baik dan media perlu positif terhadap PAS dan ulama,” katanya.

Patutlah PAS Laung Jahanam PAN.. Ini Puncanya


Himpunan ulama PAS bersempana mesyuarat agung tahunan PAS ke-63 berlangsung di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Alor Setar, hari ini.

Mesyuarat kali ini menarik perhatian pemerhati politik kerana ia bakal menentukan nasib kerjasama PAS dengan PKR. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





10 comments:

  1. Peribahasa Melayu ada berkata bahawa "lidah tidak bertulang". Hmmmm...

    ReplyDelete
  2. pas dah taada perkataan yg baik...ulama?

    ReplyDelete
  3. PAN tu PAN MALAYSIAN ISLAMIC PARTY KE ?

    ReplyDelete
  4. mana boleh ulama nak main politik, cebur diri dalam politik... tidak mungkin sama sekali kerana sangat susah ' WALK THE TAZKIRAH'....WALK THE TALK

    ReplyDelete
  5. Kalu x fhm bahasa Arab sila tanya". Amboi riaknya. Brapa peratus ahli pas yg fasih Arab? Kalu stakat ana enta ente .... Anak buah aku yg blum mumayyiz pun reti sebut....

    ReplyDelete
  6. Hanya kekalahan dan jahanamnya parti pas sahaja yg akan menyedarkan pemimpin pas.

    ReplyDelete
  7. laungan sampingan...heh heh heh...menampakkan rupa kamu sebenar...

    ReplyDelete
  8. mungkin ada yang tersilap laung "JAHANNAM PAS"

    ReplyDelete
  9. Apakah ini akhlak terhadap mereka yg berbeza pandangan? Org awam seperti saya keliru dgn status ulamak yg sepatutnya menunjukkn contoh lisan yg baik.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...