Monday, 3 April 2017

PAS Wajib Dengar Penjelasan RUU355 Ini

PAS Wajib Dengar Penjelasan RUU355 Ini. Keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk tidak membentangkan sendiri cadangan pindaan kepada Akta 355 untuk menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah adalah pukulan maut (“total knock-out/TKO”) kepada sebarang usaha untuk menghidupkan usul itu.

Saya telah menulis dengan panjang lebar tahun lepas menerangkan Peraturan Dewan 49 yang secara jelas menyebut bahawa sebarang rang undang-undang persendirian (rujuk http://rafiziramli.com/2016/10/rang-undang-undang-355-dato-seri-najib-tun-razak-mesti-isytihar-pendirian-pentadbiran-beliau/), jika pun dibenarkan dibaca, dibahas dan menang undian di Dewan Rakyat, tidak akan pergi ke peringkat yang lebih jauh kecualilah Kerajaan bersetuju untuk menerima cadangan RUU itu dan diambil alih untuk dibentangkan semula di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua.

PAS Wajib Dengar Penjelasan RUU355 Ini. Ini bermakna, seperti yang saya tegaskan berkali-kali, kuasa sebenar untuk memperkasakan Mahkamah Syariah terletak di tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. 

Dalam keadaan RUU persendirian yang dibawa YB Marang itu dipulangkan kembali kepada beliau, kesemua keputusan bersabit kebenaran pembentangan dan diluluskan terletak di tangan Dato’ Seri Najib (seperti berikut):

1) Keputusan untuk menukar aturan mesyuarat supaya semua akta kerajaan yang disenaraikan lebih awal digugurkan untuk memberi laluan kepada pembacaan RUU persendirian YB Marang terletak di tangan Dato’ Seri Najib (kerana urusan kerajaan perlu disudahkan terlebih dahulu sebelum RUU persendirian boleh dibaca)

2) Keputusan untuk melangkah giliran untuk mendahulukan pembacaan RUU persendirian YB Marang mengatasi semua urusan kerajaan yang telah disenaraikan lebih awal (seperti yang pernah berlaku sebelum ini) juga keputusan Dato’ Seri Najib sebagai ketua kerajaan

PAS Wajib Dengar Penjelasan RUU355 Ini


3) Jika pun (1) atau (2) dibenarkan untuk membolehkan RUU persendirian YB Marang dibaca, dibahas dan diundi, keputusan untuk mengarahkan ahli parlimen Barisan Nasional menyokong RUU persendirian itu adalah keputusan Dato’ Seri Najib

4) Jika pun (1) atau (2) dibenarkan dan Dato’ Seri Najib bersetuju mengarahkan ahli parlimen Barisan Nasional menyokong RUU persendirian itu (seperti (3)), keputusan sama ada Kerajaan akan mengambil alih cadangan pindaan itu untuk dibentangkan kembali bagi bacaan kedua adalah keputusan Dato’ Seri Najib

Akhirnya, jika pun Dato’ Seri Najib boleh bermain politik dengan membenarkan (1), (2) dan (3), saya yakin cadangan RUU persendirian YB Marang itu akan terhenti di peringkat bacaan pertama (setelah pengundian dibuat) kerana Dato’ Seri Najib tidak mungkin akan bersetuju mengambil alih cadangan pindaan tersebut untuk dibentangkan kembali sebagai rang undnag-undang kerajaan (seperti kehendak Peraturan Dewan).

Kenapa saya begitu pasti?

Kerana jika benar Dato’ Seri Najib ikhlas, sudah tentu beliau meneruskan janjinya yang dibuat di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa pihak Umno (dan Kerajaan Persekutuan) sendiri yang akan membentangkan perkara ini dan melalui proses Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat.

Kalau Kerajaan Persekutuan menolak untuk membentangkannya pada bacaan pertama dan dipulangkan kepada YB Marang yang tertakluk kepada semua keputusan Dato’ Seri Najib bagi kelulusan di peringkat (1), (2) dan (3) di atas, kenapa pula di langkah (4) tiba-tiba Dato’ Seri Najib akan mengambil alih RUU persendirian itu?

PAS Wajib Dengar Penjelasan RUU355 Ini


RUU355 kekal permainan politik Umno untuk memastikan berlaku pertembungan 3 penjuru dalam PRU14.

Dato’ Seri Najib nampaknya yakin beliau bakal mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri yang paling tidak popular tetapi kekal berkuasa melalui adu domba politik yang melaga-lagakan rakyat dengan bermain isu agama dan kaum. 

Beliau lupa rakyat sedang menonton sandiwara ini dan jangan perkecilkan kecerdikan rakyat membaca yang tersirat di sebalik permainan politik ini.

Sama ada RUU355 dibenarkan dibentang atau tidak, saya telah buat pendirian kerana telah cukup maklumat dengan menilai keikhlasan Dato’ Seri Najib dalam hal ini. 

PAS Wajib Dengar Penjelasan RUU355 Ini. Bentanglah secepat mungkin supaya kita boleh kembali kepada isu-isu rakyat yang lebih tinggi keutamaannya untuk diselesaikan berbanding permainan politik Umno ini.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...