Wednesday, 5 April 2017

PAS Tak Tangguh RUU355

PAS Tak Tangguh RUU355. PAS memberi gambaran tidak akan menangguhkan lagi pembentangan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Dewan Rakyat.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad bagaimanapun berkata keputusan membahaskan RUU 355 masih terletak di bawah peraturan mesyuarat dan kuasa speaker Dewan Rakyat.

PAS Tak Tangguh RUU355. “Kita lihat Khamis nanti. Kita harap dapat bentangkannya agar kita dapat kemukakan hajat dan beri peluang kepada sesiapa (ahli Parlimen) berbahas,” katanya kepada FMT, hari ini.

Sebelum ini, RUU persendirian itu dibentangkan 2 kali oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, namun ia ditangguhkan.

Hadi berkata penangguhan itu membolehkan pindaan dilakukan terhadap RUU 355 yang hanya akan didedahkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

PAS Tak Tangguh RUU355


Malah, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi keyakinan usul itu akan dibahaskan memandangkan pindaan terhadap RUU berkenaan sudah dilakukan.

Beliau berkata pada kali ini PAS tidak lagi membuat sebarang pindaan terhadap usul berkenaan kerana ia sudah dilakukan pada sesi lalu.

Ketika ini, akta itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau maksimum 6 sebatan kepada pesalah.

PAS Tak Tangguh RUU355


Hadi memohon untuk menggantikan hukuman itu dengan hukuman lebih keras iaitu penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan.

Hadi sendiri akan membentangkan usul berkenaan setelah Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan tidak akan mengambil alih untuk membawa RUU itu.

Keputusan Najib itu dilihat sebagai langkah menghancurkan harapan PAS untuk mendapatkan sokongan ahli Parlimen Islam parti pemerintah.

PAS Tak Tangguh RUU355. Sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 bagi tahun ini akan berakhir pada Khamis ini. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...