Monday, 3 April 2017

PAS Putus Hubungan Dengan PKR

PAS Putus Hubungan Dengan PKR. Umno Pulau Pinang tidak terkejut dengan tindakan kesemua 13 PAS kawasan di negeri itu mengusulkan PAS Pusat memutuskan kerjasama dengan PKR.

Sambil menasihati agar PAS lebih berhati-hati memilih rakan politik pada masa depan, Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan-rakan politiknya dalam pakatan pembangkang.

PAS Putus Hubungan Dengan PKR. “Mereka (PAS) berkerja keras untuk membantu DAP dan PKR menang 2 penggal iaitu 2008 dan 2013 (di Pulau Pinang) tetapi lihat sekarang apa yang mereka dapat. Saya kasihan dengan nasib mereka,” katanya kepada pemberita semalam.

Zainal Abidin mengulas keputusan semua 13 PAS kawasan di negeri ini yang secara sebulat suara meluluskan usul menamatkan kerjasama politik dengan PKR dalam muktamar tahunan masing-masing.


PAS Putus Hubungan Dengan PKR


Mengulas lanjut, beliau berkata hubungan PAS dengan Umno negeri sentiasa baik selama ini dan kedua-dua parti bekerjasama dalam hal-hal umat Islam. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...