Saturday, 29 April 2017

PAS Perlu Letak Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Selangor

PAS Perlu Letak Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Selangor. PKR hari ini berkata ia tidak akan terkejut, malah akan menghormati keputusan Muktamar PAS hari ini sekiranya menamatkan kerjasama dengan PKR, tetapi berkata ia perlu disusuli dengan peletakan jawatan semua ahli PAS yang kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor.

“Adalah lebih molek sebarang keputusan dimuktamadkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana jika PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan Keadilan (PKR) secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

PAS Perlu Letak Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Selangor. Menurutnya, tidak masuk akal sekiranya PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.

Semalam, Muktamar Dewan Ulama PAS meluluskan tanpa bahas usul untuk memutuskan “tahaluf siyasi”, istilah Arab yang diguna pemimpin PAS bagi merujuk kerjasama politik dengan parti lain.

“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” menurut usul dikemukakan Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.

PKR antaranya dituduh tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

PAS Perlu Letak Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Selangor


Usul itu hampir pasti diluluskan secara rasmi hari ini. Muktamar PAS kali ini yang diadakan di Alor Setar dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan, dan akan berakhir 1 Mei.

Saifuddin berkata PKR tidak terkejut sekiranya usul itu diluluskan hari ini, bagaimanapun kesal dengan tuduhan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR.

PAS masih sebahagian daripada pentadbiran Selangor, walaupun parti itu enggan menyertai Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan DAP, yang juga merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.

Tiga exco dari PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.


PAS Perlu Letak Jawatan Dalam Kerajaan Negeri Selangor


Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menghadiri Muktamar Pemuda PAS, berkata parti itu tidak berhasrat menyertai kerajaan negeri Selangor melibatkan DAP sekiranya Pakatan Harapan menang di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Perlu letak jawatan dr exco sampai ajkkk..nak ke..fulus2..

    ReplyDelete
  2. Keluar parti bikin PANjahanam.x pyh lepas dun dan mp...keluar tahaluf...mesti lepas ka...dey
    Klu pas lu paksa keluar...sikit majoriti...itu umno...kasi umpan la...minimum 3 ekor pkr atau PANjahanam musti meleleh punya tgk duit...lagi Dap 2 ekor...musti lingkup punya kjaan
    Lu jgn risaula...pas tarak.heran mau UG dey...sudah sapulo tawoun...itu UG fitnah juga...tapi lu punya wolang...tgk duit...musti UG...sana perak tgk...sana kelantan.juga tgk
    Lu igt azmin mau cari pasai ka...
    Itu Dap pun sudah 2 tawoun kasi ugut mau kiluar...ada ka?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...