Monday, 17 April 2017

PAS Mahu Tawan Kedah Semula Pada PRU14

PAS Mahu Tawan Kedah Semula Pada PRU14. PAS sudah bersedia untuk mengambil alih pentadbiran Kedah daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Majlis Syura Ulama parti itu, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Beliau berkata, PAS akan meletakkan calon untuk memastikan sekurang-kurangnya ia dapat memenangi majoriti kecil untuk tubuh kerajaan.

PAS Mahu Tawan Kedah Semula Pada PRU14. “Antara sebab kami mengadakan Muktamar PAS Ke-63 di Kedah tahun ini ialah untuk menonjolkan bahawa kita sudah bersedia untuk memenangi PRU14 di Kedah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nahdhoh di sini hari ini.

Muktamar PAS dijadual berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini.

Beliau berkata, anggota PAS telah membuat pelbagai kajian terperinci di Kedah dan hasil kajian itu mendapati parti itu masih mendapat sokongan yang baik di kalangan rakyat Kedah.

“Mengikut kajian yang kita buat ke atas penduduk Kedah yang berbilangan kaum, mendapati bahawa mereka masih menyokong PAS untuk tubuh kerajaan di negeri itu, jadi kami akan letakkan lebih ramai calon,” kata Nik Muhammad Zawawi.

PAS Mahu Tawan Kedah Semula Pada PRU14


Kali terakhir PAS memerintah Kedah ialah pada 2008 apabila berjaya memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala PKR menang 4 kerusi dan DAP 1 kerusi.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, PAS juga akan bertanding lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen di Pulau Pinang dalam PRU14.

Beliau berkata, PRU akan datang tidak sama seperti PRU lepas dan PAS negeri sudah bersedia dari segala sudut termasuk menghadapi pertembungan tiga penjuru.

“Jika dalam PRU13 kita hanya bertanding 6 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen, kali ini kita akan bertanding lebih daripada itu,” katanya.

PAS Mahu Tawan Kedah Semula Pada PRU14. Pada PRU13, PAS Pulau Pinang hanya memenangi 1 kerusi DUN iaitu di Permatang Pasir menerusi Datuk Mohd Salleh Man. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...