Sunday, 16 April 2017

PAS Johor Bertanding 40 Kerusi

PAS Johor Bertanding 40 Kerusi. Pas negeri Johor mengambil keputusan akan bertanding lebih 40 kerusi di peringkat Dun dan Parlimen di negeri ini, sekiranya bergerak sendirian dalam PRU14 nanti.

Bagaimanapun keputusan meletakkan calon di kesemua kerusi berkenaan bergantung kepada keputusan yang diperolehi dalam Muktamar Pas yang dijangka berlangsung pada hujung bulan ini, di Kedah.

PAS Johor Bertanding 40 Kerusi. Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, dalam masa yang sama Pas juga bertekad untuk mengekalkan empat kerusi yang dimenanginya dalam PRU13 iaitu di Maharani, Puteri Wangsa, Sungai Abong dan Parit Ya'ani

Katanya, Pas Johor juga telah bersedia dengan apa juga keputusan di Muktamar berkenaan dan dalam masa yang sama telah memulakan gerak kerja di negeri ini secara sendirian bermula awal tahun lalu.

"Kita juga telah mempunyai calon yang sesuai untuk kesemua kerusi berkenaan tetapi setiap keputusan yang dilakukan bergantung dengan kebenaran daripada Majlis Syura terlebih dahulu

"Kita akan ikut sahaja setiap keputusan dalam Muktamar itu nanti, dan secara jujurnya Pas Johor telah bersedia untuk berhadapan dengan apa juga situasi dan yang penting kita kini telah mendapat kembali kepercayaan daripada rakyat negeri ini," katanya.

PAS Johor Bertanding 40 Kerusi


Beliau berkata sedemikian semasa sidang media semasa Konvensyen Pas Negeri Johor 2017 di Semerah, di sini yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Pas Pusat, Dr Sanusi Daeng Mariok

Menurutnya lagi, buat masa ini Pas Johor lebih selesa bergerak sendirian setelah memutuskan hubungan dengan DAP, setelah tidak lagi mencapai kata sepakat dengan parti politik berkenaan

Katanya, dalam masa yang sama, kata sepakat dengan PKR kini tidak lagi dilakukan secara rasmi, namun keputusan muktamadnya akan dilakukan dalam Muktamar, di mana Pas Johor akan mengikut sahaja keputusan yang dilakukan di peringkat pusat.


PAS Johor Bertanding 40 Kerusi


"Jika benar Pas memutuskan hubungan dan bergerak sendirian dalam PRU14 nanti, kita akan lakukan seperti yang dikatakan tadi... Pas Johor akan bertanding lebih banyak kerusi terutamanya yang berpotensi untuk menang

"Pas Johor telah bersedia dan sebab itulah kita melakukan gerak kerja awal dan bersedia lebih awal untuk menghadapi sebarang keputusan yang telah dibuat di peringkat pusat," katanya. - sinar

Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. PAS boleh bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di mana-mana negeri sekalipun. Tak perlu minta izin dari mana-mana parti politik kecuali Umno minta PAS jangan bertanding sebab Tuan Presiden sudah keluar fatwa hanya PAS dan Umno sahaja boleh dipilih.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...