Thursday, 20 April 2017

Pakaian Jolok Mata Di Melaka Di Penjara 6 Bulan, Denda RM1,000

Pakaian Jolok Mata Di Melaka Di Penjara 6 Bulan, Denda RM1,000. Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sedang menguatkuasakan undang-undang di bawah Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 bagi membendung perbuatan tidak sopan, terutama berpakaian tidak senonoh di tempat awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaim, Rahimin Bani berkata, langkah ke atas umat Islam itu selaras undang-undang Jaim sedia ada dan kempen menutup aurat serta etika berpakaian yang sudah lama dilaksanakan di negeri ini.

Pakaian Jolok Mata Di Melaka Di Penjara 6 Bulan, Denda RM1,000.  “Penting bagi kita terutama wanita Islam untuk menutup aurat bagi memelihara kehormatan mereka dan ia adalah sebahagian daripada hukum syarat yang wajib dipatuhi.

“Berpakaian sopan atau menutup aurat juga adalah bagi mengelak sebarang kejadian buruk menimpa mereka. Selain itu, kita tidak mahu insiden bogel yang berlaku di Bentong, Pahang awal tahun ini berulang walaupun ia melibatkan lelaki,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, umat Islam yang melakukan perbuatan, berkelakuan atau berpakaian tidak sopan di tempat awam bertentangan hukum syarak boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 71 enakmen sama, iaitu didenda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya.

Pakaian Jolok Mata Di Melaka Di Penjara 6 Bulan, Denda RM1,000

Mengulas lanjut, Rahimin berkata, berdasarkan statistik, kes perbuatan tidak sopan, termasuk berpakaian tidak senonoh di Melaka menurun daripada 352 kes pada 2015 berbanding 195 kes tahun lepas.

Beliau berkata, penurunan berkenaan ekoran langkah peringatan dan kempen yang giat dijalankan Jaim dan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara berterusan, termasuk pemasangan papan peringatan berkaitan perbuatan tidak sopan dan etika berpakaian di tempat awam.

Dalam pada itu, beliau berkata, masyarakat bukan Islam juga diminta mematuhi etika berpakaian di tempat awam kerana ia turut tertakluk di bawah beberapa udang-undang, termasuk di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

Pakaian Jolok Mata Di Melaka Di Penjara 6 Bulan, Denda RM1,000


“Papan tanda berkenaan turut menjadi peringatan kepada semua rakyat di negeri ini, termasuk pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke Melaka agar bersama menjaga etika berpakaian supaya tidak menjolok mata dan menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling,” katanya.

Selain itu, katanya, masyarakat bukan Islam juga diminta mematuhi etika berpakaian dan tidak melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam kerana ia tertakluk di bawah Rukun Negara ke-5, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan agar masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Kita memang sokong penguatkuasakan undang-undang ini tapi satu persoalan yang rakyat nak tahu adakah sudah pehak penguatkuasa telah memberi pandu tunjuk pada rakyat tahap yang dikatakan menjolok mata itu jangan menganggapkan semau rayat khususnya yang beragama islam semua tahu apa yang dikatakan pakaian yang menjolok mata itu adakah yang dimaksudkan menjolok mata itu berpakaian ketat dan hanya ditujukan pada kaum hawa saja dan sebagainya bagaimana pula pula dengan kaum adam dan lagi satu apakah yang dimaksudkan tidak menutup aurat apakah tindakan akan diambil pada kaum hawa yang tidak menutup aurat dikepala umpamanya adakah pehak jabatan agama mahu bertindak jika para isteri pembesar negeri tidak menutup kepala ,usah berretorik bila dekat dengan PRU wahai pemimpin agama yang hanya tahu menhukum tapi tidak berani mejelaskan perkara yang sebenar akuilah kelemahan sebelum rakyat tidak hormat jabatan yang sepatutnya disanjung dan dihormat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...