Tuesday, 11 April 2017

Nanyang Siang Pau Mohon Maaf Hina Pandikar Dan Hadi

Nanyang Siang Pau Mohon Maaf Hina Pandikar Dan Hadi. Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina kedua-dua pemimpin itu.

Akhbar itu dalam 1 kenyataan berkata mereka memohon maaf dan mengakui penyiaran kartun itu adalah tidak wajar untuk tatapan umum.

Nanyang Siang Pau Mohon Maaf Hina Pandikar Dan Hadi. “Pihak kami juga telah menarik balik kartun sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau iaitu eNanyang.my,” menurut kenyataan itu.

Pada 8 April lepas, akhbar berkenaan menyiarkan sebuah kartun di portal mereka, yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label ‘Hadi Awang’.

Nanyang Siang Pau Mohon Maaf Hina Pandikar Dan Hadi


Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label ‘Akta 355’. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...