Monday, 1 May 2017

Muktamar PAS Sebulat Suara Putus Hubungan Dengan PKR

Muktamar PAS Sebulat Suara Putus Hubungan Dengan PKR. Seluruh perwakilan PAS hari ini sebulat suara menerima usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan sekutunya PKR, disambut laungan takbir para perwakilan muktamar.

Perkara itu disahkan Pengerusi Tetap Hussin Ismail petang tadi.

Muktamar PAS Sebulat Suara Putus Hubungan Dengan PKR. Dalam usul yang dibentangkan dan dibaca oleh wakil Dewan Ulama PAS Zulkifli Ismail, PKR dituduh mengkhianati perjanjian kerjasama antara kedua parti dan biadap terhadap PAS.

“Penglibatan PKR menyokong calon Amanah dan menentang PAS dalam 2 pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kegagalan PKR untuk memberi sokongan yang baik kepada usaha PAS memperkasakan mahkamah syariah melalui Pindaan Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) malah dilihat turut bersama dengan pendirian DAP yang menentang keras Pindaan Akta 355 ini.

“Kenyataan pimpinan PKR secara terbuka yang jelas memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap PAS sekaligus tindakan mereka yang tidak menunjukkan setiakawan, maka kami mengusulkan supaya tafhaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan perlembagaan PAS,” katanya semasa membentangkan usul.

Muktamar PAS Sebulat Suara Putus Hubungan Dengan PKR


Dengan sokongan ini, usul seterusnya diangkat ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.

Sekiranya kedua-dua badan tertinggi itu meluluskan dan melaksanakan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan antara PAS dan PKR pada pilihan raya umum akan datang, terutamanya di Selangor yang kerajaan negerinya turut dianggotai PAS sejak penggal lepas.

Seiring dengan usul ini, perwakilan juga mahu mengangkat usul menggesa kepimpinan parti meletakkan calon PAS mencabar kedudukan PKR pada PRU nanti.

Usul ini dengan usul memutuskan kerjasama dengan PKR nampaknya dianggap sebagai 2 perkara berbeza. Usul tersebut membuka ruang kepada PKR untuk membuat keputusan yang memihak kepada PAS, selepas mereka menegaskan tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

“Percaturan politik yang dilakukan oleh pihak Pakatan Harapan secara langsung telah membabitkan pihak PKR, sedangkan hingga saat ini PAS belum memutuskan hubungan ‘tahaluf siyasi’ dengan PKR dan masih memerintah bersama di Selangor dan Kelantan.

Muktamar PAS Sebulat Suara Putus Hubungan Dengan PKR


“PAS Kawasan Kota Raja dan Kuala Terengganu mengusulkan supaya PAS Pusat membuat satu kajian mendalam dan mempertimbangkan supaya diangkat segera ke Majlis Syura Ulamabagi mendapatkan kelulusan bahawa PAS akan meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi oleh PKR sekiranya tiada persefahaman politik pilihanraya dicapai sehingga berlakunya PRU ke 14.”

Sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa exco PAS dalam kerajaan Selangor meletak jawatan sekiranya muktamar parti itu membuat keputusan menamatkan hubungan dengan PKR.

Muktamar PAS Sebulat Suara Putus Hubungan Dengan PKR. Saifuddin dilaporkan berkata, tidak masuk akal sekiranya PAS yang sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan Amanah, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...