Saturday, 22 April 2017

Mufti Perlis Datuk Asri Kena Bidas

Mufti Perlis Datuk Asri Kena Bidas. Seorang profesor universiti tempatan yang terkilan dengan kenyataan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam mempersoalkan kedalaman pengetahuan Mufti Perlis itu mengenai agama Hindu.

Mohd Tajuddin Mohd Rasdi dari Universiti UCSI berkata, hasil penelitian beliau ke atas teks-teks klasik Hindu menunjukkan Asri melihat agama Hindu dalam konteks yang sempit.

Mufti Perlis Datuk Asri Kena Bidas. Beliau berkata, sama ada Mahabharata atau Upanishad tidak memberi sebarang gambaran mengenai amalan menyembah lembu dalam agama Hindu.

“Daripada kajian saya ke atas ayat-ayat (dalam kitab) ini, idea-idea yang ada adalah berkaitan dengan kawalan diri,” kata beliau.

Malah kata Tajuddin, “ia berkaitan dengan pengetahuan tentang diri yang sebenar, rohani diri. Saya tidak nampak apa-apa idea mengenai menyembah lembu.”

Beliau seterusnya berkata, adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila seseorang yang berilmu dan dihormati seperti Asri boleh membuat kenyataan seumpama itu.

Beliau merujuk kepada puisi Asri di Facebooknya semalam.

Asri memuat naik beberapa baris di laman Facebooknya, menyelar apa yang dipanggilnya golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah”.

Mufti Perlis Datuk Asri Kena Bidas


“Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu, lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu,” Asri memulakan catatan ringkas yang disifatkannya “puisi pagi Jumaat”.

Walaupun tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya, mufti Perlis itu sebelum ini mempertahankan pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik, yang dikecam beberapa persatuan bukan Islam, termasuk Hindraf.

Dalam catatannya, Asri turut mengecam sebuah kerajaan yang menurutnya “menyembah api dan penganut sati, pembakar wanita janda, di benua sana.”

Sati merujuk amalan kuno di kalangan masyarakat Hindu di India yang diharamkan di negara itu, di mana seorang balu membakar dirinya selepas kematian suami.

Asri sebelum ini membidas tindakan sekumpulan aktivis termasuk pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy yang menyaman kerajaan kerana membenarkan Zakir tinggal di Malaysia.

Mereka menyifatkan Zakir, yang kerap menyentuh kepercayaan Kristian dan Hindu dalam ceramahnya, sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

“Tidaklah pelik jika mereka itu dari kumpulan bukan Muslim atau kafir yang tidak suka dengan dakwah. Namun yang pelik jika ada yang mendakwa diri mereka Muslim tetapi meminta supaya tokoh pendakwah Islam yang terkenal dengan hujahnya itu ditangkap,” kata Asri bulan lalu.

Dalam ulasannya, Tajuddin turut merujuk kepada satu insiden melibatkan seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang telah menggambarkan Hindu sebagai “kotor”.

Slaid kuliah yang bocor di media sosial Jun lalu, mencetuskan kekecohan dan rasa tidak senang di kalangan penganut agama Hindu.

“Perkhidmatan pensyarah itu telah ditamatkan,” kata Tajuddin sambil menambah, ahli akademik itu juga telah ‘mempermudahkan’ amalan agama Hindu.

Merujuk kepada kenyataan Asri mengenai sati, beliau berkata, setiap negara mempunyai sejarah gelap yang sendiri.

Beliau memberi contoh pembunuhan Yahudi di Jerman semasa Perang Dunia 2.

Beliau juga merujuk petikan dalam buku tulisan ulama Melayu, Munshi Abdullah mengenai salah laku keluarga diraja yang tertentu.

Pun begitu katanya, perkara itu tidak harus dilihat sebagai amalan yang mencerminkan watak mana-mana sultan pada hari ini.

Mufti Perlis Datuk Asri Kena Bidas


“Tindakan membakar diri wanita janda di India berlaku di era yang berbeza,” kata beliau.

Tajuddin juga mengulas mengenai laporan bahawa pihak berkuasa India telah membuktikan tuduhan mereka terhadap Zakir.

Katanya, pihak berkuasa Malaysia perlu bekerjasama dengan India walaupun isu itu melibatkan “personaliti terkenal atau seseorang yang dilihat sebagai melakukan kerja yang baik.”

“Zakir menggunakan agama untuk menyeronokkan agama lain,” katanya.

“Itu bukan pendekatan yang baik. Ia mengerikan. Beliau harus lebih bertamadun. Adalah mudah untuk menjadi popular dengan menyeronokkan orang dengan komen yang menghina.”

Beliau juga berkata, kini adalah masa untuk mengambil pendekatan yang berbeza untuk melihat pengajaran tradisional Islam.

“Saya tidak mengatakan ia adalah salah, tetapi kita kini hidup dalam konteks yang berbeza. Pada masa lalu, anda boleh menggunakan kaedah tertentu kerana masyarakat adalah homogen.

Dalam konteks moden yang pelbagai budaya di Malaysia, beliau berkata, “orang ramai tidak perlu bercakap tentang sesuatu agama yang mereka hanya tahu sedikit tentang.”

Mufti Perlis Datuk Asri Kena Bidas. “Dalam zaman media sosial, apa sahaja boleh menjadi viral,” kata beliau. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...