Friday, 21 April 2017

MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta?

MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta? Sebuah syarikat yang dibenarkan melaksanakan projek membina dan menyiapkan sistem saliran di Padang Negara, Batu Burok, di sini, lima tahun lalu memfailkan saman lebih RM5 juta terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar Terengganu kerana mendakwa mungkir janji.

Syarikat Flo Constructions Sdn Bhd, selaku plaintif menamakan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu (JPSNT) defendan pertama diikuti Menteri Besar Terengganu defendan kedua dan Kerajaan Terengganu defendan ketiga dalam pernyataan tuntutannya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, di sini, semalam.

MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta? Pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, surat permohonan kepada defendan kedua bagi mendapatkan projek tersebut telah dipersetujui sebagaimana diminitkan pada 19 Jun 2012, sebelum menerima surat daripada Upen memaklumkan defendan kedua bersetuju supaya plaintif melaksanakan projek tersebut secara rundingan terus pada 17 Julai 2012.

Plaintif mendakwa, disebabkan pihak JPSNT tidak dapat menyediakan pelan projek dalam masa singkat, jadi surat permohonan kedua kepada defendan kedua dibuat pada 27 September 2012 bagi memohon supaya projek itu dilaksanakan olehnya secara reka dan bina dan permohonan itu juga diluluskan defendan kedua.

Selepas membalas Surat Niat dari Perbendaharaan Negeri dan JPSNT, plaintif mendakwa melantik syarikat Jurukur Bahan CMC Sdn Bhd (CMC), Mymy Consult (Mymy) dan Jurukur Roshdi selaku konsultannya.

MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta?


Dalam masa sama, plaintif mendakwa  menghadiri beberapa siri mesyuarat teknikal di Pejabat JPSNT, malah turut menghadiri kesemua mesyuarat yang telah diwajibkan  sehingga plaintif menghantar anggaran kos pembangunan berjumlah RM10,677,382.49.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa  sehingga  semalam, JPSNT gagal  dan  enggan  mengadakan  mesyuarat muktamad rundingan harga,  selain  mendakwa dimaklumkan projek diluluskan sebelum ini, akan diberikan kepada pihak lain.

Susulan itu, plaintif mendakwa terpaksa menanggung kos hutang berjumlah RM740,146 (yang sepatutnya dibayar kepada syarikat CMC dan Mymy) dan RM79,107 (yang sepatutnya dibayar kepada Juruukur Roshdi) bagi kerja-kerja yang telah dijalankan.

MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta?


Tidak berpuas hati dengan tindakan defendan yang dianggap mungkir janji, plaintif menuntut ganti rugi iaitu RM3,667,385.80 kerana kerugian kehilangan keuntungan dan kos hutang yang ditanggung bagi kerja-kerja yang dijalankan oleh konsultan plaintif .

Dalam masa sama, plaintif  juga menuntut ganti rugi sebanyak RM2,000,000 termasuk ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk (aggravated damages), kos tindakan ini dan lain-lain. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...