Wednesday, 12 April 2017

Kes Jual Perlawanan Liga Perdana : Bekas Pemain Selangor Di Buru SPRM

Kes Jual Perlawanan Liga Perdana : Bekas Pemain Selangor Di Buru SPRM. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Khairul Anuar Baharum atau ‘Ah Chong’ bagi membantu siasatan kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.

SPRM dalam satu kenyataan berkata Ah Chong dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung 3 pemain pasukan Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA) yang ditahan kerana menerima rasuah baru-baru ini.

Kes Jual Perlawanan Liga Perdana : Bekas Pemain Selangor Di Buru SPRM. Menurut kenyataan itu, Ah Chong yang pernah bermain untuk pasukan bola sepak Selangor dan Negeri Sembilan diminta hadir ke ibu pejabat SPRM bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.

“Jika gagal berbuat demikian, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap Ah Chong mengikut peruntukan undang-undang yang ada,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ah Chong diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Mohd Fadzli Alias di talian 03-88867000 atau 018-2744533.

Kes Jual Perlawanan Liga Perdana : Bekas Pemain Selangor Di Buru SPRM


Pada 6 April lepas, SPRM menahan 3 pemain MISC-MIFA termasuk seorang pemain import kerana dipercayai mengambil rasuah daripada bookie, diikuti dengan penahanan seorang pekerja kedai besi buruk dipercayai sebagai bookie yang menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab MISC-MIFA untuk menentukan perlawanan.

Kes Jual Perlawanan Liga Perdana : Bekas Pemain Selangor Di Buru SPRM. Kesemua suspek itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman denda 5 kali ganda nilai suapan dan penjara 20 tahun. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...