Monday, 10 April 2017

Keputusan Pandikar Amin Mulia Rugikan PAS Dan Umno

Keputusan Pandikar Amin Mulia Rugikan PAS Dan Umno. Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 secara tidak langsung merugikan PAS dan Umno, kata seorang penganalsis.

Wong Chin Huat, penganalisis politik dan sosial Institut Pulau Pinang berkata, kedua-dua parti itu boleh kehilangan undi kerana apa yang berlaku Khamis lalu memberi gambaran mereka telah bersekongkol.

Keputusan Pandikar Amin Mulia Rugikan PAS Dan Umno. “Pada masa lalu, Umno mungkin telah menjadi parti nasionalis Melayu tetapi ia bukan parti fundamentalis Islam,” kata beliau kepada FMT.

“PAS hanya sebuah parti fundamentalis agama tetapi bukan nasionalis Melayu. Sekarang orang ramai akan berasa seolah-olah kedua-dua menjadi satu, menjadikan kedua-dua mereka nasionalis Melayu dan fundamentalis agama.”

Pada masa yang sama, kata beliau, pengundi yang tidak gembira dengan keputusan pembangkang bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan tertanya-tanya yang mana “lebih teruk daripada dua kejahatan.”

Jelas beliau, apa yang berlaku Khamis lepas mungkin menolak sebahagian daripada mereka ke dalam pemikiran “Umno dan PAS jahat yang lebih besar.”

Malah katanya, Umno yang dilihat bertindak berlebihan dalam isu semasa akan menyebabkan lebih ramai orang marah dan keadaan tersebut secara tidak langsung akan membantu pembangkang.

Katanya, meskipun keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang Dr Mahathir adalah pengerusinya, untuk membuka parti itu hanya kepada Bumiputera akan dimaafkan di sebalik tumpuan nasionalisme Melayu dan fundamentalisme agama.

Keputusan Pandikar Amin Mulia Rugikan PAS Dan Umno


Dalam banyak keadaan, menurut beliau, rakyat Malaysia yang tidak terlalu gembira dengan PPBM untuk meletakkan sebuah parti monoetnik baharu dalam abad ke-21, akan berfikir PPBM secara perbandingan adalah lebih moden daripada Umno dan PAS.

Pada masa yang sama, belau memberitahu, sekarang lebih menarik untuk memantau perkembangan di Malaysia Timur.

“Dalam usaha untuk terus hidup, parti komponen Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak mungkin perlu menjauhkan diri dari BN dan Umno,” kata beliau.

“Saya fikir mereka akan memberi isyarat, mereka bukan Umno dan bersedia untuk berkata ‘tidak’ kepada Umno kerana mereka tidak mahu orang takut,” jelas beliau.

Beliau mendakwa ramai umat Islam di Malaysia Timur menentang pindaan yang dibawa oleh PAS dan mempersoalkan sama ada usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri yang seolah-olah berada di atas pagar boleh diterima dengan baik oleh pengundi Sarawak.

“Bagi rakyat Malaysia Timur, nenek moyang mereka tidak pernah memilih untuk menerima sebuah persekutuan yang akan mengenakan hukuman lebih berat bagi salah laku agama.

“Ambil rompakan sebagai contoh. Pada masa ini, anda hanya boleh menerima hukuman penjara 14 tahun, paling banyak tetapi pindaan mengatakan Mahkamah Syariah boleh memberi anda hukuman maksimum 30 tahun.

Keputusan Pandikar Amin Mulia Rugikan PAS Dan Umno


“Saya tahu orang Islam Borneo yang marah. Nancy Shukri tidak memahami ini. Orang-orang seperti yang Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan (Ketua Menteri) Abang Johari memahaminya.”

Pada minggu lalu, Nancy memberitahu wartawan, penjelasan lanjut pindaan yang dicadangkan itu diperlukan kerana ramai orang bukan Islam mungkin tidak memahaminya.

“Saya seorang Muslim juga, tetapi saya harus ingat, bagi Sarawak, kita mempunyai ramai bukan Islam yang mungkin tidak memahami perkara ini,” kata beliau.

“Oleh itu, untuk berlaku adil, kita perlu menjelaskan kepada rakyat. Kami tidak dijelaskan dengan butiran rang undang-undang ini. Bagaimana kita boleh menyokongnya?”

Chin Huat berkata, kebanyakan bantahan terhadap keputusan Pandikar untuk menangguhkan perbahasan sehingga Julai datang daripada pembangkang dan ini tidak baik untuk parti-parti BN seperti MIC dan MCA.

“Walaupun MCA berada di kemuncaknya pada tahun 2004, mereka tidak pernah mempunyai keberanian untuk bersuara menentang Umno,” kata beliau sambil menambah, selagi Umno pembuli mereka, mereka tidak akan mendapat kredibiliti sebagai sebuah parti mewakili kaum Cina.

Keputusan Pandikar Amin Mulia Rugikan PAS Dan Umno. “Kelemahan MIC menjadikan Hindraf kelihatan seperti wakil yang lebih kukuh bagi (komuniti) Hindu.” - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...