Wednesday, 19 April 2017

Kejutan Dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Kejutan Dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Sesetengah pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terlalu pentingkan jawatan perdana menteri, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menggulingkan kerajaan.

Begitu kebimbangan bekas ahli majlis tertinggi parti, Kamarulzaman Habibur Rahman, yang mengumumkan peletakan jawatan dan keahlian parti hari ini.

Kejutan Dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Beliau merupakan salah seroang daripada 7 pengasas PPBM, dan antara terawal memimpin Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), iaitu kumpulan penentang presiden dalam Umno.

“Saya bimbang melibat bagaimana jawatan perdana menteri itu sangat penting bagi sesetengah pihak sedangkan saya lebih berminat membela nasib rakyat,” katanya pada sidang media di Hotel Sunway Putra hari ini.

“Saya juga mula bimbang dengan tindak tanduk segelintir dalam kalangan ahli yang sanggup melakukan sapa saja demi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan fakta yang tidak sahih dan bersandarkan fitnah yang tidak logik akal.

“Ini amat membimbangkan kerana apabila kerajaan itu lemah, ia melibatkan juga kekuatan ekonomi negara….Kita tidak boleh sama sekali sabotaj negara kerana ia melibatkan kehidupan jutaan rakyat.”

Kejutan Dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)


Dengan pengumuman itu, Kamarulzaman melepaskan jawatan setiausaha kerja PPBM pusat, ahli majlis tertinggi PPBM pusat dan ketua PPBM bahagian Telok Kemang, dan menolak tawaran jawatan pengerusi perhubungan PPBM Negeri Sembilan.

Beliau berkata PPBM sudah menyimpang dari perjuangan asal, kerana nampaknya misi utama parti kini hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan mendapatkan kedudukan untuk rakan-rakan.

Kamarulzaman juga tidak percaya ahli PPBM akan dipilih sebagai perdana menteri walaupun pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

“Adakah seorang pemimpin daripada parti yang baru menjadi sahabat Pakatan Harapan dan memenangi kerusi yang sedikit akan diangkat untuk menjadi perdana menteri?

“Mustahil.”

PPBM secara rasmi menjadi komponen ke-4 PH bulan lepas.

Kamarulzaman mendakwa rakan-rakan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir sibuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti, sementara Setiausaha Agung Shahruddin Md Salleh juga mempunyai agenda tersendiri.

Kejutan Dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)


Satu perkara yang menyatukan mereka, tambah Kamarulzaman, adalah mereka lebih memikirkan rakan-rakan daripada parti dan kepentingan masyarakat.

Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang dibentuknya bersama pengasas lain, selepas memikirkannya sejak beberapa bulan lepas.

“Saya mahu fokus mendidik masyarakat, terutamanya keadaan politik negara.

“Saya mahu melihat hala tuju negara dibincangkan, untuk memastukan kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

Kamarulzaman bimbang masa depan negara apabila PPBM berjaya membentuk kerajaan nanti.

“Ini yang saya bimbangkan.

Kejutan Dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). “Saya tidak menyertai politik untuk kepentingan peribadi atau mendapatkan kekayaan dan kedudukan. Sebagai seorang guru, saya memperjuangkan kehidupan rakyat dan masa depan negara.” - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Cikgu Kamaruzaman dh dpt surat tunjuk sebab dr Kpm. Klu dteruskn jugak bersatu, maka xdpt pencen dn pampasan...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...