Tuesday, 4 April 2017

Hasil Tinjauan Ini Buat Polis Selangor Kantoi?

Hasil Tinjauan Ini Buat Polis Selangor Kantoi? Kompleks Karangkraf, lokasi debat antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz hanya dikelilingi kawasan kilang dan jauh dari penempatan orang awam, menurut tinjauan FMT.

Tiada kediaman persendirian berdekatan kecuali penempatan perumahan polis dan bomba Seksyen 15, yang terletak kira-kira 500 meter dari bangunan penerbit Sinar Harian itu.

Hasil Tinjauan Ini Buat Polis Selangor Kantoi?  Bangunan Panasonic dan Volvo terletak jauh dari satu sama lain, seperti kilang lain di kawasan perindustrian yang menempatkan Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Kompleks Karangkraf dikelilingi kilang automotif Toyota dan Volvo, diikuti kawasan kilang pengeluaran makanan Nestle serta kilang Panasonik, manakala kawasan perumahan yang berdekatan ialah di Seksyen, 16, 18 dan 19, semuanya lebih 2km.

Bagaimanapun, polis Selangor yang tidak mahu membenarkan debat itu berlangsung memberi alasan menerima 18 laporan daripada orang awam yang membantah acara itu atas sebab keselamatan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, polis menjangkakan pihak tertentu akan membuat kekacauan pada acara itu, walaupun Nazri berkali-kali memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku.

Kedua-dua Nazri dan Dr Mahathir sebelum ini mempersoalkan keputusan polis membatalkan permit debat tersebut.

Dr Mahathir berkata keputusan itu “kerana takut”.

Debat tersebut pada awalnya dijadualkan diadakan pada 25 Mac di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar, tetapi dipindahkan ke Kompleks Karangkraf pada Jumaat ini selepas polis Perak menolak permohonan penganjur.

Hasil Tinjauan Ini Buat Polis Selangor Kantoi? 


Alasan polis Perak ialah penganjur lewat menghantar permohonan dan lokasi debat di kawasan sekolah tidak sesuai.

Susulan pembatalan terkini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyarankan debat itu diadakan di hotel sekaligus tidak menganggu mana-mana pihak.

Semalam, Nazri mencadangkan acara itu diadakan di auditorium polis di Cheras supaya terjamin keselamatan.

Apa kata penduduk

Rata-rata ramai penduduk ditemui tidak ada masalah dengan debat tersebut. Bagaimanapun, ada juga yang tidak senang acara itu diadakan.

Ramlah Abdullah, 38 menolak debat tersebut kerana tidak memberi sebarang faedah dan menurutnya, ia akan menimbulkan huru-hara.

“Debat itu juga bagi saya masing-masing nak tujuk pandai lepas itu, beremosi antara penyokong masing-masing,” katanya.

Rumah pangsa di Seksyen 16, Shah Alam, kawasan perumahan paling dekat, 2km dari Kompleks Karangkraf.

Antur Jeniri, 46, memberi alasan debat tersebut “menyusahkan rakyat” sekiranya mereka menyaksikan “pemimpin asyik bergaduh”.

Seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Gunalan, 50, berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan melakukan protes menerusi undi.

“Pilihan raya berapa bulan sahaja lagi. Kalau tak suka kerajaan tolak kerajaan, kalau tak suka pembangkang tolak pembangkang senang cerita, bukannya buat debat kau kata aku aku kata kau…bergaduh ini bukan budaya kita,” katanya.

Hasil Tinjauan Ini Buat Polis Selangor Kantoi? 


Mohd Faizal, 29, melihat debat tersebut penting kerana membuka mata rakyat untuk menilai pemimpin yang mereka mahu sokong.

“Orang nak tahu apa pandangan 2 pemimpin itu, biar rakyat nilai sejauh mana kebenaran pemimpin itu. Ini negara demokrasi, kebebasan perlu diberikan. Mereka hanya nak debat bukan nak bergaduh,” katanya.

Pandangan itu disokong Nik Fathi, yang berkata debat bukan umpama acara gusti sehinga boleh menyebabkan pergaduhan, tetapi wacana ilmu membantu rakyat dalam membuat pilihan.

“Kalau ada pihak kata debat itu menganggu penduduk, saya rasa isu itu tidak timbul kerana kawasan debat di Kompleks Karangkraf jauh dari penempatan penduduk,” tambahnya.

Dan ada juga yang ditemui FMT tidak mahu ambil tahu.

Hasil Tinjauan Ini Buat Polis Selangor Kantoi?  “Debat ke tak debat ke, kami macam ni juga kena cari duit sendiri, nak sara keluarga,” kata Mohd Fatah. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





3 comments:

  1. Umno menolak peluang untuk membersihkan daki yg selama ini terpalit pada persepsi rakyat terhadap pentadbiran Mappadulung Daeng Mattimung Serobone Sultan Abdul Jalil. a.k.a Lanun Samudera Raya.

    ReplyDelete
  2. leh le buat debat di kat padang pasiaq....lapang luas jauh dari orang....taknak risiko besaq2 kan....

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya orang malaysia terutama orang melayu tak tahu apa makna debat dan tujuan yang mereka tahu pabila berdebat bertengkar dan memaki hamun itulah sebabnya melayu masih ketingalan lagi pula pabila berdepat dengan isue yang melibatkan kerajaan pada orang melayu kerajaan adalah melayu dan melayu itu adalah kerajaan sebabnya pada melayu hanya kerajaan orang melayu saja yang boleh buat sesuka hati ikut nafsu kerajaan itulah sebabnya juga yang kerajaan tidak boleh ditegur oleh pembangkang hanya yang orang melayu boleh buat ikut dan terima saya apa yang diperentah oleh kerajaan maka berlakulah segala penyelewengan yang kita semua sedia maklum.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...