Thursday, 6 April 2017

Harga Minyak Terkini 6 April 2017

Harga Minyak Terkini 6 April 2017. Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik 3 sen kepada RM2.16 seliter manakala RON97 pula naik 2 sen kepada RM2.43 seliter berkuat kuasa esok hingga 12 April. Harga diesel pula turun 3 sen kepada RM2.08 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Facebook rasminya secara infografik, menyatakan harga baru mingguan itu akan berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam ini.

Harga Minyak Terkini 6 April 2017. Sebelum ini mulai 30 Mac lepas hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.13 seliter, RON97 RM2.41 seliter manakala harga diesel RM2.11 seliter.

Pemberitahuan ini pengumuman kedua bagi bulan ini selepas penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan diumumkan setiap Rabu bermula minggu lepas.

Pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga berkenaan dilakukan bagi menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan, seperti yang diumumkan menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 22 Mac lalu berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 22 Februari lepas.

Harga Minyak Terkini 6 April 2017


Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang ditetapkan sejak 1983.

Harga Minyak Terkini 6 April 2017.  Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu mengguna pakai formula APM bermula Disember 2014.  - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...