Saturday, 15 April 2017

Najib Sembunyi Tarikh PRU14.. Ini Buktinya

Najib Sembunyi Tarikh PRU14.. Ini Buktinya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berhasrat untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan cepat, tetapi masih menilai sentimen pengundi sebelum membuat keputusan muktamad.

“Kalau ikut suasana di Kuala Nerus ini, nak buat cepat, namun kami kena lihat kepercayaan rakyat.

Najib Sembunyi Tarikh PRU14.. Ini Buktinya. “Kalau pilih BN, banyak lagi transformasi yang akan kami lakukan,” kata beliau ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh di sini, hari ini.

Tempoh mandat kerajaan semasa akan berakhir pertengahan tahun depan. Pun begitu ramai membuat spekulasi PRU14 kemungkinan akan dipanggil akhir tahun ini.

PRU13, yang pertama diketuai Najib, telah diadakan pada Mei 2013.

Dalam ucapannya itu, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai visi besar dan perancangan rapi bagi negara serta rakyat untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib Sembunyi Tarikh PRU14.. Ini Buktinya


Beliau berkata kerajaan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pelbagai agenda tersebut, namun memerlukan mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum akan datang dalam merealisasikannya.

“Kami (kerajaan BN) perlu mandat daripada rakyat, tidak lama lagi (pilihan raya umum), sama ada tahun ini atau tahun depan,” kata beliau yang juga Presiden Umno.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Lebih 20,000 penduduk sekitar kawasan Parlimen itu hadir memeriahkan majlis pecah tanah projek PPR melibatkan 500 unit rumah.

Najib Sembunyi Tarikh PRU14.. Ini Buktinya


Najib, dalam lawatan keduanya ke Terengganu pada tahun ini berkata, kerajaan BN terbukti berjaya melaksanakan pelbagai agenda bagi kepentingan rakyat termasuk projek PPR.

Beliau berkata, bagi setiap unit PPR yang dibina, nilai subsidi disediakan kerajaan berjumlah antara RM115,000 hingga RM158,000 seunit bergantung kepada lokasi.

“Kalau pembangkang bangkitkan isu GST, kita kutip hasil dan inilah (PPR) antara projek yang mana kita guna duit GST itu untuk kembalikan kepada rakyat,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan I.

Kata Najib, pembangkang hanya pandai menyerang kerajaan dengan melempar pelbagai tohmahan dan fitnah untuk menjadikan rakyat benci kepada pemerintah.

Najib Sembunyi Tarikh PRU14.. Ini Buktinya. Justeru, Najib mengingatkan rakyat supaya tidak membuat penilaian dengan emosi, sebaliknya melihat kepada keupayaan dan kejayaan kerajaan, dalam memikul tanggungjawab mentadbir negara ini. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Hanya Najib Tahu Tarikh PRU14 da macam perkataan org bukan islan dan tak beriman... adakah ALLAH da tak amik tau tentang Malaysia yg banyak perkara buruk berlaku... agama jadi alat cari makan... yg jujur dan amanah dipenjarakan bukan ka yg semua yg berlaku didalam pengetahuan ALLAH

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...