Saturday, 1 April 2017

Hanya Majlis Syura Boleh Putuskan Hubungan PAS - PKR

Hanya Majlis Syura Boleh Putuskan Hubungan PAS -  PKR. Hanya Majlis Syura Ulama PAS yang akan membuat keputusan sama ada PAS perlu memutuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau sebaliknya, kata mursyidul amnya, Hashim Jasin.

Beliau berkata, walaupun Muktamar Agung PAS penghujung bulan ini akan memutuskan kata sepakat daripada perwakilan mengenai perkara itu namun ia mesti mendapat keputusan majlis berkenaan selepas itu.

Hanya Majlis Syura Boleh Putuskan Hubungan PAS -  PKR. “PAS ada garis panduannya untuk memutuskan sebarang keputusan untuk berkawan dengan siapa, mahu berlawan dengan siapa ataupun mahu berkecuali untuk berkawan.

“Majlis Syura lah akhirnya akan membuat penilaian dan menilai sama ada menerima atau tidak apa-apa ketetapan daripada muktamar nanti.

“PAS bukan parti yang bodoh kerana kita boleh menilai sesuatu itu sama ada baik atau tidak,” kata beliau pada perasmian mesyuarat PAS Kawasan Kuala Kedah di sini, semalam.

Hanya Majlis Syura Boleh Putuskan Hubungan PAS -  PKR


Hashim berkata walaupun ketika ini semua kawasan sedang mengadakan mesyuarat di peringkat masing-masing, terpulanglah kepada mereka membuat usul untuk tidak bersama PKR atau mana-mana parti yang lain bagi dibincangkan pada muktamar nanti.

Hanya Majlis Syura Boleh Putuskan Hubungan PAS -  PKR.  Katanya, biar perwakilan pada muktamar nanti menyuarakan pandangan mereka dan membuat keputusan yang kemudiannya akan dimuktamadkan selepas itu. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...