Thursday, 27 April 2017

GST Dihapuskan Sekiranya Pakatan Harapan Ke Putrajaya

GST Dihapuskan Sekiranya Pakatan Harapan Ke Putrajaya. Rakyat tidak akan dibebani GST jika Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab laporan yang memetik Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai berkata cukai barangan dan perkhidmatan itu akan kekal di bawah kerajaan PH.

GST Dihapuskan Sekiranya Pakatan Harapan Ke Putrajaya. Laporan tersebut mendorong Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas pakatan pembangkang itu.

Guan Eng berkata PH sepakat untuk memansuhkan GST sekiranya mereka membentuk kerajaan baharu.

“Saya sudah mengatakan perkara ini berulang kali. Kami akan ambil jalan berkadar sifar. Malah Nurul pernah menjelaskan kami akan lakukannya apabila kami ambil alih.

“Saya tak tahu mengapa BN tak faham ilmu hisab. Tak tahu sifar itu apa? Sifar ertinya kosong, ‘ling su’ dan ‘suzhiyam’,” kata Guan Eng pada sidang media di Komtar hari ini, melontarkan sifar dalam bahasa Mandarin dan Tamil.

GST berkadar sifar bererti orang ramai tidak perlu membayar sebarang cukai ke atas barangan atau perkhidmatan. Ia juga bererti tidak cukai dikenakan ke atas harga akhir yang terhasil daripada sebarang cukai yang dibayar perniagaan dan pengeluar.

GST Dihapuskan Sekiranya Pakatan Harapan Ke Putrajaya


Ini kerana perniagaan dan pengeluar boleh menuntut balik sebarang GST yang dibayar untuk aset, pembelian atau perbelanjaan perniagaan mereka, daripada kerajaan sebagai input kredit cukai.

Guan Eng menjelaskan kadar GST lebih wajar diturunkan ke paras 0% daripada 6% memandangkan sistem GST sudah dilaksanakan dan perniagaan sudah mengeluarkan belanja untuk melaksanakan sistem percukaian itu,

“Menjadikan GST berkadar sifar sama kesannya seperti memansuhkan GST,” katanya.

Rahman baru-baru berkata pembangkang nampaknya keliru mengenai pelaksanaan GST, melihat kepada kenyataan bercanggah mengenai perkara itu.

“Terdapat begitu banyak isyarat daripada pembangkang sehinggakan rakyat Malaysia menjadi keliru dengan apa yang mereka perkatakan.

“Sekejap mereka mahu memansuhkannya, selepas itu, mereka mahu kadar sifar pula. Jelas bahawa pembangkang tidak mempunyai dasar ekonomi yang konkrit jika mereka menang pilihan raya,” kata Rahman menurut laporan Bernama.

GST Dihapuskan Sekiranya Pakatan Harapan Ke Putrajaya


Nurul di suatu ceramah dilaporkan baru-baru ini sebagai GST tidak akan diteruskan pada kadar sekarang.

Semalam, Nurul menjelaskan Pakatan Harapan akan menghapuskan GST dengan menjadikannya berkadar sifar.

Beliau juga berkata GST yang dikumpulan digunakan untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad, kerana persamaan antara hasil RM39 bilion dengan jumlah kerugian syarikat itu begitu menakjubkan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...