Friday, 14 April 2017

FAM Guna Pengadil Luar Negara Untuk Perlawanan Penting

FAM Guna Pengadil Luar Negara Untuk Perlawanan Penting. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin akan menggunakan khidmat pengadil luar negara untuk perlawanan besar dan penting, kata Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya ia berikutan badan induk bola sepak negara itu menerima beberapa laporan mengatakan pengadil menjalankan tugas dengan teruk untuk beberapa perlawanan sebelum ini.

FAM Guna Pengadil Luar Negara Untuk Perlawanan Penting. “Saya telah mengarahkan pihak Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) untuk melihat semula perjanjian yang kami ada dengan Japan FA di mana untuk perlawanan-perlawanan besar dan penting kita akan menggunakan khidmat pengadil luar negara.

“Ia bagi mengelakkan daripada mana-mana pihak untuk menuding jari. Jika ada yang mengatakan JDT menang kerana saya adalah Presiden FAM, saya telah memenangi 7 piala buat JDT dan menentang sistem sebelum menjadi Presiden FAM sebelum ini,” katanya dalam entri di laman Facebook FAM semalam.


FAM Guna Pengadil Luar Negara Untuk Perlawanan Penting


Beberapa insiden membabitkan keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah dilaporkan termasuk yang terkini membabitkan perlawanan Liga Super antara Kelantan dan JDT baru-baru ini.

Keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 itu dianggap kontroversi selepas ia didakwa berat sebelah.

FAM Guna Pengadil Luar Negara Untuk Perlawanan Penting. Jaringan itu sekali gus membolehkan JDT menyamakan kedudukan 2-2. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...