Sunday, 30 April 2017

Dewan Ulama PAS Lulus Putus Kerjasama Dengan PKR

Dewan Ulama PAS Lulus Putus Kerjasama Dengan PKR. Dewan Ulama PAS hari ini meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” (kerjasama) dengan PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Usul Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali ketika mengumumkan keputusan itu berkata usul putus kerjasama diluluskan tanpa bahas.

“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” katanya.

Dewan Ulama PAS Lulus Putus Kerjasama Dengan PKR. Keputusan disambut dengan laungan takbir daripada para perwakilan. Usul dikemukakan ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.

Usul ini akan diangkat ke Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.

Sekiranya badan tertinggi ulama parti itu juga meluluskan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan antara PAS dan PKR pada pilihan raya akan datang, terutamanya di Selangor, yang bersama mereka membentuk kerajaan sejak penggal lepas.

Dalam usul ini, PKR antaranya dituduh mengkhianati syarat perjanjian antara parti dan tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.

Dewan Ulama PAS Lulus Putus Kerjasama Dengan PKR


Perwakilan ulama PAS seluruh negara berhimpun di Alor Setar, Kedah untuk mesyuarat agung tahunan dewan mereka sempena mesyuarat agung tahunan PAS ke-63 yang berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei.

Majlis syura berperanan untuk menafsir dasar dan perlembagaan parti dalam menangani masalah semasa. Ia diketuai mursyidul am dan merupakan badan tertinggi parti tanpa kuasa eksekutif.

Ia bergerak seiring dengan jawatankuasa pusat yang berperanan untuk melaksanakan keputusan, mentadbir dan mengatur strategi parti. Jawatankuasa ini diketuai presiden dan merupakan badan tertinggi parti dengan kuasa eksekutif.

Dewan Ulama PAS Lulus Putus Kerjasama Dengan PKR


Sebelum ini, keputusan bertahaluf dengan parti lain diluluskan di peringkat majlis syura dan pelaksanaannya dilakukan oleh jawatankuasa pusat. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Bro ostad....bila lagi nak keluarkan kenyataan menyarankan pemegang jawatan exco kerajaan Selangor dan penyandang-penyandang jawatan atas perlantikan politik supaya meletakkan jawatan masing2?
    Takkan nak buat saranan pun terpaksa tunggu keputusan MSU?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...