Tuesday, 25 April 2017

Datuk Adam Rosly Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Datuk Adam Rosly Sudah Jatuh Ditimpa Tangga. Pemuda PKR yang bermesyuarat baru-baru ini akan membawa usul supaya Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly digantung jawatan, susulan kes membabitkan banglo mewahnya yang mengundang 6 pertuduhan minggu lalu, menurut sumber.

Sumber memberitahu usul itu sudah diluluskan dalam mesyuarat biro politik sayap itu, tetapi belum dibentangkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Disiplin PKR.

Datuk Adam Rosly Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.  “Kami akan memberitahu dalam satu dua hari ini,” kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang enggan mengesahkan atau menafikan perkara itu, ketika dihubungi FMT.

Pada Jumaat, Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkait keterangan palsu, di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Beliau dituduh memberi keterangan dan dokumen palsu ketika siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari lepas berkenaan banglo mewahnya di Kampung Melayu, Ampang.

Datuk Adam Rosly Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.


Antara lain, Adam dituduh berbohong ketika menyenaraikan pecahan sumber dana untuk pembelian banglo itu, yang menurutnya berharga RM1.2 juta.

Adam berkata lebih setengah juta ringgit dibayar menerusi pinjaman dua orang Ah Long.

Datuk Adam Rosly Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.  Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Jatuh????? Baru 29th. Banyak org muda 29th terkial2 ni hidup...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...