Tuesday, 18 April 2017

Datuk Adam Rosly Direman Lagi

Datuk Adam Rosly Direman Lagi. Tempoh reman terhadap Ketua Pemuda PKR Datuk Adam Rosly dilanjutkan 4 hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa dimilikinya.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman sehingga 22 April ini selepas permohonan lanjutan itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Datuk Adam Rosly Direman Lagi. Adam, 28, disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret jam 9.18 pagi tadi oleh pegawai SPRM dan dilihat memakai baju lokap berwarna jingga dengan kedua-dua tangannya bergari selepas tempoh reman 5 hari sejak Jumaat lepas berakhir hari ini.

Beliau ditahan semasa hadir di ibu pejabat SPRM pada 13 April lepas bagi memberi keterangan berhubung siasatan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Datuk Adam Rosly Direman Lagi


Kekayaan Adam, yang pernah menjadi pegawai khas kepada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, mula menjadi perhatian selepas didedahkan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos, yang mendakwa beliau memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.

November lalu, Jamal membawa beberapa wartawan menaiki helikopter untuk meninjau banglo mewah milik Adam, sambil mempersoalkan sumber kekayaan luar biasa pemimpin PKR itu.

Datuk Adam Rosly Direman Lagi. Susulan itu, Ketua Bahagian Umno Ampang Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...