Friday, 14 April 2017

Dana 1MDB : Tuduhan Satu Fitnah Dakwa Nasharudin

Dana 1MDB : Tuduhan Satu Fitnah Dakwa Nasharudin. Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menafikan ada kaitan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkan beliau dengan isu penerimaan dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak benar malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya serta Pas.

Dana 1MDB : Tuduhan Satu Fitnah Dakwa Nasharudin. "Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam Kenyataan Bersumpah (SD) tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.

Dana 1MDB : Tuduhan Satu Fitnah Dakwa Nasharudin


Sementara itu, tambah Nasharudin lagi, beliau bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dana 1MDB : Tuduhan Satu Fitnah Dakwa Nasharudin.  "Saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuk memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat," tegas beliau lagi. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...