Friday, 28 April 2017

Bekas Timbalan Presiden YAPIEM Diambil Keterangan SPRM

Bekas Timbalan Presiden YAPIEM Diambil Keterangan SPRM. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan bekas timbalan presiden Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berhubung dakwaan kes penyelewengan dana pada pilihan raya kecil Parlimen Rompin 2015.

Menurut jurucakap SPRM, wanita berumur 69 tahun itu tiba di pejabat SPRM pada pukul 1.00 tengah hari untuk kenyataannya direkodkan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana berjumlah RM223,000, sebelum dibenarkan pulang kira-kira 5.00 petang hari ini.

Bekas Timbalan Presiden YAPIEM Diambil Keterangan SPRM.  Sebelum ini, seorang pengarah kanan Yapeim berumur 47 tahun ditahan reman 5 hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pecah amanah.

Pengarah berumur 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Menurut sumber SPRM, suspek disyaki menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan sendiri dan bersubahat dengan bekas timbalan presiden Yapeim bagi menyeleweng wang dana yayasan itu berjumlah RM223,000.

Bekas Timbalan Presiden YAPIEM Diambil Keterangan SPRM


Beliau berkata wang itu kononnya akan diperuntukkan untuk sebuah program sumbangan kepada golongan miskin di daerah Rompin pada 2015. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Bila pulak bekas pengerusi felda sprm nak siasat...saja tanya jangan Marah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...