Monday, 24 April 2017

Apa Erti 2 Penjuru Dakwa PAS

Apa Erti 2 Penjuru Dakwa PAS. Pas hari ini mempersoal idea dua penjuru yang dijaja Pakatan Harapan dalam soal penentuan kerusi PRU selama ini.

Tidak memahami konsep yang diperjuangkan Pakatan, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, idea Pakatan seolah-olah bertujuan mengecilkan size Pas dalam pertandingan pilihanraya.

“Adakah maksudnya Pas jangan kacau kerusi dap lawan MCA dan Gerakan?

Apa Erti 2 Penjuru Dakwa PAS. “Juga Pas jangan kacau kerusi PKR lawan MACA dan Umno, manakala kerusi tradisi Pas pula sebanyak lebih kurang 80 kerusi lawan Umno akan diagih-agihkan kalangan Pas, Amanah dan Bersatu?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Pas dilaporkan 'mengarahkan' seluruh parti pembangkang supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan datang.

Mohd Khairuddin berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika Pas menentang Umno.

Apa Erti 2 Penjuru Dakwa PAS


Menurutnya, jika BN jatuh maka Pas hanyalah parti politik yang seumpama melukut di tepi gantang parti-parti pembangkang lain dan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas tidak akan ke mana.

“Sebab itu saya tegaskan Amanah dan Bersatu jangan bertanding di kerusi Pas lawan Umno iaitu 80 kerusi tradisi. Ia hanya akan menguntungkan Umno.

Apa Erti 2 Penjuru Dakwa PAS. “Amanah dan Bersatu minta sahaja sebahagian kerusi DAP dan PKR tandingi iaitu sebanyak lebih kurang 150 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak. Itu akan menjadikan pembangkang satu lawan satu dengan BN,” katanya lagi. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...