Wednesday, 19 April 2017

Anak Presiden PAS Menang Tanpa Bertanding Ketua Pemuda

Anak Presiden PAS Menang Tanpa Bertanding Ketua Pemuda. Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak presiden PAS, semalam diumumkan ketua Pemuda PAS baru menggantikan Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang tidak mempertahankan jawatannya.

Khalil yang merupakan anak sulung Datuk Seri Abdul Hadi Awang, merupakan timbalan ketua Pemuda PAS, dan diumumkan menang tanpa bertanding.

Anak Presiden PAS Menang Tanpa Bertanding Ketua Pemuda. Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Ketua Pemuda Khairil Nizam Khiruddin dan Naib Ketua, Ahmad Fadhli Shaari.

Muktamar PAS ke-63 dijadual berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei ini.

Nik Abduh, yang merupakan anak bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyandang jawatan ketua Pemuda sejak muktamar 2015, yang menyaksikan perpecahan parti Islam itu selepas kemaraan penyokong Hadi yang mempersoalkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat, gabungan yang kini dimansuhkan.

Anak Presiden PAS Menang Tanpa Bertanding Ketua Pemuda


Sebelum ini, Nik Abduh, 47, yang juga ahli Parlimen Pasir Mas, berkata beliau mahu memberikan peluang kepada pemimpin lain dalam PAS menerajui sayap itu.

Anak Presiden PAS Menang Tanpa Bertanding Ketua Pemuda. Tiada had umur untuk jawatan ketua dan timbalan ketua dalam Pemuda PAS, walaupun jawatan lain meletakkan syarat penyandang perlu berumur tidak melebihi 40 tahun. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...