Thursday, 20 April 2017

Ahok Kalah Pilihan Raya Gabenor Jakarta

Ahok Kalah Pilihan Raya Gabenor Jakarta. Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Gabenor Jakarta menunjukkan kemenangan berpihak kepada gandingan Anies Baswedan dan Sandiaga Uno.

Media portal tempatan melaporkan penyandang jawatan, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, dan timbalannya Djarot Saiful Hidayat gagal mempertahankan jawatan masing-masing setelah kalah dalam pemilihan pusingan kedua hari ini.

Ahok Kalah Pilihan Raya Gabenor Jakarta. Anies ialah bekas menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia manakala Sandiaga pula seorang ahli perniagaan.

Setakat 7 malam waktu tempatan, pasangan Anies-Sandiaga telah mendahului undian dengan mendapat 55.41%.

Anies-Sandiaga dipetik media tempatan sebagai berkata mereka akan menyelesaikan masalah yang menimpa Jakarta ketika ini.

“Komitmen kami… kami akan terus konsisten memfokuskan pada keadilan sosial serta memperjuangkan perpaduan di Jakarta,” kata Anies di kediaman Ketua Umum Partai Gerakan Indonesia Raya-(Gerindra) Prabowo Subianto sebentar tadi.

Ahok Kalah Pilihan Raya Gabenor Jakarta


Sementara itu, Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok dilaporkan mengucapkan tahniah kepada gandingan Anies-Sandiaga yang mengalahkan mereka.

Kedua-duanya juga meminta agar penyokong mereka tetap menjaga perpaduan.

“Jangan sedih kerana Tuhan yang memberi dan yang mengambil. Kami akan bekerja dengan cepat untuk baki 6 bulan ini. Selama ini kami telah menerapkan kerajaan terbuka, dan kami terbuka untuk Pak Anies-Sandi minta data apa saja,” kata Ahok dalam ucapannya di sebuah hotel di sini.

Pilihan raya Gabenor Jakarta terpaksa diadakan secara 2 pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50% pada pusingan pertama Februari lepas.

Ahok Kalah Pilihan Raya Gabenor Jakarta


Pusingan kedua ini menyaksikan gandingan Ahok dan Djarot dicabar Anies dan Sandiaga.

Sistem pilihan raya itu mewajibkan seseorang calon melepasi 50% daripada jumlah undi keseluruhan untuk dilantik sebagai Gabenor Jakarta merangkap ketua eksekutif daerah bagi tempoh 5 tahun. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. salah satu punca adalah kerana kasus Tuan Guru Bajang (Muda) Guburnur NTB (Lombok) telah dihina oleh orang cina indonesia di singapura dengan ayat " dasar Pribumi Tiko (tikus kotor)" perkara ini menyebabkan anti cina juga naik kebetulan waktu itu pemilihan gubunur jakarta

    wallahualam

    ReplyDelete
  2. Ahok Malaysia juga InsyaAllah akan kalah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...