Monday, 3 April 2017

ADUN Pembangkang Selangor Ramai Yang Kaki Ponteng?

ADUN Pembangkang Selangor Ramai Yang Kaki Ponteng? Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh kecewa dengan jumlah kehadiran Adun pada persidangan kali ini, terutama dalam kalangan pembangkang.

Yeoh berkata Adun sepatutnya hadir pada sesi soalan lisan di dalam Dewan bagi mendapatkan penjelasan kerajaan negeri mengenai pelbagai isu. “Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sesi pertanyaan sangatlah penting untuk memahami polisi kerajaan negeri.

ADUN Pembangkang Selangor Ramai Yang Kaki Ponteng?  “Saya kecewa dengan kehadiran Adun terutama pembangkang kerana ini sesi penting untuk mendapatkan segala jawapan yang diperlukan.

“Hanya selalu saya nampak (Adun) Dengkil seorang yang hadir,” katanya di DUN Selangor di sini, hari ini.

Beliau juga mencadangkan Adun Dengkil Shahrum Mohd Sharif untuk menjadi ketua pembangkang susulan ketidakhadiran Adun pembangkang lain pada sidang DUN sidang kali ini. “Saya cadang Dengkil, jadi ketua pembangkang,” katanya.

ADUN Pembangkang Selangor Ramai Yang Kaki Ponteng? 


Bagaimanapun, Shahrum kemudian bangkit mempersoalkan ramai wakil rakyat kerajaan negeri juga tidak hadir ke sidang DUN. “Sebelah sana pun ramai tak hadir,” katanya.

Yeoh membalas: “Dengkil, saya cuma berkata ‘terutama’ ramai yang tidak hadir dalam kalangan pembangkang.”

Terdahulu, ketika sesi soal jawab, ramai wakil rakyat tidak hadir membacakan soalan kepada kerajaan negeri. Ia menyebabkan banyak soalan terpaksa “dilepaskan” tanpa jawapan.

ADUN Pembangkang Selangor Ramai Yang Kaki Ponteng?  Mengikut peraturan, setiap soalan perlu dibaca oleh wakil rakyat yang bertanya untuk membolehkan ia dijawab. Jika tiada, speaker perlu lepaskan dan beralih ke soalan seterusnya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...