Friday, 14 April 2017

Adam Rosly Direman 5 Hari

Adam Rosly Direman 5 Hari. Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman di Mahkamah Majistret di Putrajaya.

Adam yang memakai baju SPRM bewarna oren dengan tangan bergari tiba kira-kira jam 9.25 pagi dengan dikawal oleh beberapa pegawai SPRM.

Adam Rosly Direman 5 Hari.  Siasatan akan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Adam ditahan selepas beliau hadir untuk disoal siasat di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Beliau pada November tahun lalu menjadi perhatian apabila didedahkan memiliki kekayaan dianggap luar biasa oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Adam Rosly Direman 5 Hari


Jamal menyewa sebuah helikopter untuk membawa wartawan melihat pemandangan banglo Adam dari udara. Kediaman itu didakwa Jamal bernilai RM7 juta.

Bagaimanapun Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau membeli banglo berkenaan pada harga RM1 juta melalui lelongan.


Beliau juga mendakwa kekayaan itu diperoleh daripada perniagaan yang dijalankannya.

Adam Rosly Direman 5 Hari.  Adam, 28, adalah pegawai khas Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...