Wednesday, 8 March 2017

Video Anak Kim Jong Nam Tersebar Pula

Video Anak Kim Jong Nam Tersebar Pula. Sebuah klip video muncul baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya anak kepada Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, yang kematiannya di Malaysia bulan lalu mencetuskan krisis diplomatik antara kedua-dua negara.

Channel News Asia (CNA) melaporkan klip video 40 saat itu dimuat naik sebuah kumpulan anti-kerajaan Korea Utara bergelar “Cheollima Civil Defense”.

Video Anak Kim Jong Nam Tersebar Pula. “Nama saya Kim Han Sol, dari Korea Utara, sebahagian daripada keluarga Kim,” kata lelaki itu.“Ayah saya terbunuh beberapa hari lalu. Saya kini bersama ibu dan kakak saya,” katanya, sebelum audio dipadamkan.

BREAKING: Group called "Cheollima Civil Defense" claims they're protecting #KimJongNam's family. Sent me this video allegedly of Kim Han Sol pic.twitter.com/px7OHteuWx 
— Sumisha Naidu (@SumishaCNA) March 7, 2017

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi CNA, berkata beliau tidak ada maklumat mengenai kumpulan anti-kerajaan itu.

Video Anak Kim Jong Nam Tersebar Pula


CNA bagaimanapun berkata lelaki itu disahkan sebagai Han Sol oleh seorang aktivis anti-kerajaan Korea Utara.

Menurut kumpulan pembangkang itu, ahli keluarga Jong Nam merayu diberi perlindungan. Mereka kemudian dipindahkan kumpulan Cheollima Civil Defense dan kini berada di tempat yang selamat.

Kumpulan pembangkang itu enggan memberikan butiran lokasi ahli keluarga Jong Nam, tetapi mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Belanda, China, Amerika Syarikat “dan satu lagi kerajaan yang tidak dinamakan”.

Sebelum ini, Malaysia menafikan Han Sol tiba untuk menuntut mayat ayahnya, yang mati selepas diserang 2 wanita yang dipercayai merupakan agen upahan regim Pyongyang.

Video Anak Kim Jong Nam Tersebar Pula. Malaysia masih menahan mayat Jong Nam, dan berkata ia akan hanya diserahkan kepada ahli keluarga. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...