Wednesday, 1 March 2017

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Tidak Alami Agen Saraf VX

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Tidak Alami Agen Saraf VX. Dua suspek yang ditahan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam tidak mengalami kesan agen saraf VX.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit akibat terdedah kepada bahan toksik yang membawa maut itu.

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Tidak Alami Agen Saraf VX. “Pemeriksaan kesihatan telah dilakukan dan kedua-dua suspek bebas daripada (kesan) agen saraf berkenaan serta tiada tanda-tanda sakit pada kedua-duanya,” kata Dr Subramaniam kepada pemberita, di sini hari ini.

Dilaporkan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, sedang menunggu penerbangannya ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lalu apabila 2 wanita tiba-tiba menyapu mukanya dengan bahan disyaki racun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Tidak Alami Agen Saraf VX


Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Kedua-dua suspek warga Indonesia dan Vietnam terbabit dijangka didakwa esok berhubung pembunuhan berkenaan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...