Sunday, 12 March 2017

Sidang Media Teresa Kok Kecoh Diluar Pejabat Umno

Sidang Media Teresa Kok Kecoh Diluar Pejabat Umno. Sidang akhbar yang dihadiri Teresa Kok di luar pejabat Umno Seputeh di sini kecoh apabila ada pihak cuba untuk mengganggunya dengan berkata kumpulan itu tidak sensitif dengan tetamu yang sedang menghadiri majlis perkahwinan di dalam bangunan.

Sidang akhbar itu diadakan oleh penduduk Taman Desa kerana membantah rancangan pembangunan pangsapuri tinggi di kawasan itu, bukannya pusat komuniti.

Sidang Media Teresa Kok Kecoh Diluar Pejabat Umno.  Seorang lelaki berbaju biru meminta mereka berhenti berkumpul di situ dan berkata: “Hormat kami! Pergi buat sidang akhbar tempat lain. Apa awak rasa kalau orang berkumpul luar rumah awak?”

Kekecohan itu tercetus kerana salah satu papan tanda protes yang dipamerkan ketika sidang akhbar itu tertera: “Rakyat Malaysia tak nak TPPA” dan satu lagi ditulis “Wahai DBKL! Bersama melestarikan Kuala Lumpur – Penduduk Desa”.

Lelaki berbaju biru terbabit dengan nada suara tinggi berkata “ini tempat Umno”, tetapi salah seorang pembantu Kok yang turut meninggikan suara bertegas menyatakan kawasan itu tempat awam.


Sidang Media Teresa Kok Kecoh Diluar Pejabat Umno


Keadaan kembali reda hanya selepas salah seorang pengurus perkahwinan itu menjelaskan yang sidang akhbar itu mengganggu tetamu yang hadir ke majlis persandingan di dalam bangunan.

Kok yang juga ahli Parlimen Seputeh kemudian bersetuju untuk mengadakan sidang akhbar dengan cepat.

“Anda lihat apa jenis penindasan yang berlaku di sini.

“Tempat ini sepatutnya jadi pusat komuniti, tapi sekarang ia pejabat Umno Seputeh dan DBKL hendak merobohkannya dan membina kondominium,” katanya kepada wartawan.

Penduduk membantah kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pelan Era Ecoland Sdn Bhd untuk pembinaan bangunan tinggi mengandungi 323 unit rumah mampu milik, dengan berkata kawasan itu sepatutnya untuk pusat komuniti.

“Kami membantah perkara ini sejak Ogos tahun lalu dan surat rasmi sudah dihantar,” katanya, menambah mereka masih belum menerima jawapan mengenai perkara itu.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden Persatuan Penduduk Taman Desa Yap Biow Hwee.

Sidang Media Teresa Kok Kecoh Diluar Pejabat Umno


“Kami bimbang jika semakin banyak lagi penduduk di sini, kami akan berdepan isu kesesakan lalu lintas di kawasan yang sudah sedia sesak.

“Isu lain ialah tekanan air, pembetungan dan perparitan. Sekarang sudah ada 20 pangsapuri dan kondominium di Taman Desa,” kata Yap.

Katanya, masalah sedia ada di kawasan itu pun masih tidak diselesaikan oleh DBKL kerana “isu bajet”.

“Kami mengadu mengenai longkang yang perlu dibaiki di kawasan ini tetapi DBKL tak baiki kerana tidak cukup duit.

Sidang Media Teresa Kok Kecoh Diluar Pejabat Umno. “Sekarang tiba-tiba mereka hendak bina bangunan tinggi lagi dan bukan di sini saja akan ada pembangunan baharu,” katanya. - fmt






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Tengok lh cara cina berkomunikasi. Xda adab mcm komunis. Tp lelaki baju biru tu mmg terbaik. Dia berani lawan 3 cina. Yg lain sebok pegang hp ambik video. Lps tu publish dlm fb. Itu lh manusia sekarang. Xda sorg pun nk mendamaikan tp lbh ramai jadi batu api.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...