Thursday, 23 March 2017

Siapa Sebenarnya Rockefeller? Ini Jawapannya...

Siapa Sebenarnya Rockefeller? Ini Jawapannya. Semalam perginya cucu terakhir mogul bisnes Amerika Syarikat, John D. Rockefeller. 

Nama Rockefeller sangat terkenal di seluruh dunia kerana beliau adalah salah seorang public figure terhebat yang pernah muncul dalam sejarah Amerika Syarikat. 

Siapa Sebenarnya Rockefeller? Ini Jawapannya. Mengapa John D. Rockefeller ini sangat terkenal dan mengapa pengaruhnya sangat besar di seluruh dunia?

Lahir pada tahun 1839, karier John Davidson Rockefeller bermula di usia 16 tahun apabila kerja pertamanya adalah sebagai pembantu di sebuah kedai buku di Cleveland, Ohio. 

Walaupun baru berusia 16 tahun beliau mempunyai cita-cita untuk mempunyai pekerjaan dengan gaji yang tinggi dan hidup lebih 100 tahun.

Siapa Sebenarnya Rockefeller? Ini Jawapannya


Bermula sebagai syarikat penapisan minyak, John D mula belajar sedikit demi sedikit ilmu industri minyak sehinggalah pada tahun 1870, beliau menubuhkan syarikat Standard Oil yang kemudiannya memonopoli industri minyak di Amerika Syarikat. 

Disebabkan permintaan tinggi minyak tanah dan petrol pada tahun 1897(ketika ini minyak masih banyak digunakan untuk menyalakan rumah sebelum penggunaan elektrik) Standard Oil mengawal hampir 90% pasaran minyak ketika itu. 

Dengan wujudnya industri automotif dalam jangka masa yang sama, tiada yang dapat menghalang penguasaan Standard Oil.

Standard Oil meraih monopoli dalam bidang minyak dengan membeli kilang penapisan syarikat musuh dan memperkenalkan syarikat sendiri untuk tujuan pemasaran dan distribution minyak ke seluruh dunia. 

Pada 1882, kesemua syarikat ini digabungkan kepada Standard Oil Trust, di mana Standard Oil kini memiliki 90% pusat penapisan minyak dan paip saluran minyak di seluruh negara.

Cuma pada 1911, Standard Oil dipecahkan monopolinya oleh kerajaan persekutuan menjadi beberapa syarikat besar yang ada sampai ketika ini seperti BP, Exxon-Mobile, Chevron, Esso dan beberapa lagi. 

John D menjadi billionaire pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1916 dan pada kemuncaknya, nilai John D adalah pada kadar 1.5% dari nilai keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat. 

Sangat hebat untuk seorang individu memegang 1.5% nilai ekonomi sesebuah negara.

John D. Rockefeller juga terkenal sebagai seorang yang philanthropist (dermawan). Beliau adalah pengasas untuk dua buah universiti terkenal dunia; University of Chicago dan Rockefeller University. 

Sepanjang hidupnya, berbillion dollar telah disalurkan John D kepada beberapa badan amal dan juga untuk penubuhan dua universiti ini.

Kontroversi dan Konspirasi

Banyak yang diperkatakan tentang keluarga Rockefeller ini. Antaranya adalah cara Rockefeller menguruskan Standard Oil yang mengundang kontroversi. 

Standard Oil menjalankan perniagaan dengan ‘membuli’ syarikat minyak kecil di mana akhirnya, mereka terpaksa gulung tikar dan menjual syarikat kecil mereka kepada Standard Oil.

Walaupun Standard Oil dibubarkan pada tahun 1911 kepada beberapa syarikat minyak yang ada hingga ke hari ini, Rockefeller mempunyai share di setiap syarikat-syarikat minyak ini dan keluarga beliau masih mendapat keuntungan sehingga ke hari ini.

Siapa Sebenarnya Rockefeller? Ini Jawapannya



Virus Zika yang melanda dunia terutamanya di Brazil ketika sukan Olimpik 2016 membuatkan satu dunia panik. 

Kesannya kepada ibu mengandung membuatkan virus Zika ini sangat ditakuti. Isunya di sini adalah virus Zika ‘dijumpai’ oleh Rockefeller Foundation. 

Ada yang berpendapat virus zika ini adalah virus ciptaan Rockefeller untuk masyarakat dunia membeli antidot virus ini dari mereka. 

Disebabkan penyakit ini dipatenkan kepada nama Rockefeller Foundation, hanya mereka yang boleh menghasilkan antidot untuk virus Zika ini.

Keluarga Rockefeller merupakan shareholder terbesar Chase Bank (kini dikenali sebagai JP Morgan Chase Bank) cucu terakhir Rockefeller, David adalah chairman untuk Chase Bank. 

Menariknya tentang Chase Bank ini adalah Chase merupakan bank pertama dari Amerika Syarikat yang membuka cawangan di Russia. 

Chase Bank juga tidak terlepas dari kontroversi apabila pernah menjadi orang tengah dalam urusan keewangan dengan pihak Nazi German ketika perang dunia kedua.

Walaupun sering dikecam, Rockefeller merupakan antara individu yang mengubah landskap ekonomi Amerika Syarikat. Sistem kapitalis terpimpin yang diamalkannya menjadi ikutan sehingga ke hari kini.

Siapa Sebenarnya Rockefeller? Ini Jawapannya


Adakah keluarga Rockefeller dan Rothschild mempunyai kaitan? Jika diikutkan, ya kerana sebagai keluarga yang paling berpengaruh di dunia, Rothschild mempunyai kuasa untuk mengawal sistem keewangan dunia dan Rockefeller memerlukan kuasa itu untuk meluaskan empayar Rockefeller ke seluruh dunia.

Inilah pengenalan keluarga John D. Rockefeller secara ringkasnya. Walaupun ahli keluarga asal terakhir John D Rockefeller, David meninggal dunia isnin lalu, ianya tidak langsung memusnahkan legasi yang ditinggalkan oleh John. 

Dikhabarkan David menjalani 7 kali pembedahan heart transplant untuk beliau panjangkan umur sehingga usia 101 tahun. 

Kini, generasi baharu Rockefeller pula yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan David. The show must go on. Business as usual. - the vocket




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...