Thursday, 23 March 2017

Rupanya Ramai Yang Tak Tahu RUU355.. Ini Buktinya

Rupanya Ramai Yang Tak Tahu RUU355.. Ini Buktinya. Seramai 30,173 atau 70.1% pengundi Melayu tidak tahu mengenai rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, menurut kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI).

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, tinjauan menunjukkan hanya 12,857 pengundi Melayu atau 29.9% tahu mengenai RUU 355.

Rupanya Ramai Yang Tak Tahu RUU355.. Ini Buktinya. “Kaji selidik ini membabitkan 43,030 pengundi Melayu yang dihubungi melalui telefon secara rawak di seluruh negara dalam tempoh seminggu bermula 16 Mac lalu sehingga semalam,” katanya pada sidang medianya di pejabat Invoke hari ini.

Rafizi berkata kaji selidik juga mendapati daripada 29.9% yang tahu RUU 335, hanya 44.4% merasakan ia isu penting bagi menentukan undian dalam pilihan raya umum akan datang.

“Manakala 25.2% atau 3,240 merasakan ia tidak penting dan 30.4% atau 3,909 tidak menjawab soalan.

Rupanya Ramai Yang Tak Tahu RUU355.. Ini Buktinya


“Pengundi Melayu yang tahu mengenai RUU 355 dan kekal berpendapat RUU 355 paling penting adalah 34.9% daripada 12,857 responden.

“27.1% atau 3,483 menjawab ekonomi rakyat lebih penting dan 38.0% atau 4,890 tidak menjawab soalan,” katanya.

Dalam kaji selidik itu juga, 54.3% pengundi Melayu yang mahu mengundi PAS tidak tahu mengenai RUU355.

“Manakala 45.7% lagi berkata mereka tahu perkara itu,” katanya.

Rupanya Ramai Yang Tak Tahu RUU355.. Ini Buktinya

Rafizi, yang juga naib presiden PKR berkata, tujuan pihaknya membuat kaji selidik itu untuk menentukan secara kuantitatif sejauh mana pengaruh RUU 355 dalam menentukan undian pengundi Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

“Polemik mengenai usul RUU 355 untuk menaikkan had hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah menjadi isu politik nasional.

Rupanya Ramai Yang Tak Tahu RUU355.. Ini Buktinya“Banyak keputusan politik yang sudah dan akan dibuat oleh ahli politik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umum berkisarkan kepada pendirian menyokong atau tidak terhadap RUU 355,” katanya. - fmt

Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...