Tuesday, 28 March 2017

Rupanya Menteri Ini Mahu Letak Jawatan Tapi Tak Jadi?

Rupanya Menteri Ini Mahu Letak Jawatan Tapi Tak Jadi? Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berdiam diri ketika ditemui Datuk Seri Nazri Aziz pada Sabtu kerana menunggu menteri Umno itu memberitahu dia meletakkan jawatan.

“Saya ingatkan dia mahu tanya soalan dan nak beritahu dia letak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan di Parlimen.

Rupanya Menteri Ini Mahu Letak Jawatan Tapi Tak Jadi? Dipercayai Dr Mahathir merujuk kepada twit Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali pada Februari, mengenai khabar angin seorang menteri kanan akan meletak jawatan kerana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muatnaik tersebut mencetuskan gempar dalam kalangan media, yang berusaha membongkar identiti menteri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membalas twit tersebut, melalui Twitter dan Facebook, mengatakan beliau tidak dimaklumkan mengenainya dan Azmin berbohong kecuali jika menamakan menteri itu.

Azmin tidak berganjak, dan berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh menteri itu.

Rupanya Menteri Ini Mahu Letak Jawatan Tapi Tak Jadi?


Sementara itu, Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan berkata beliau mendiamkan diri sesama bersebelahan dengan Dr Mahathir kerana menghormati bekas perdana menteri itu.

Nazri berkata aturan semasa Dr Mahathir jadi perdana menteri adalah “anda tidak bercakap dengannya kecuali beliau bercakap dengan anda terlebih dahulu”.

Dua ahli politik ini ditemui di gerai di Kuala Kangsar, menikmati cendol dan laksa.

Nazri berkata seorang pembantu Dr Mahathir cuba menghalang mereka dari bertemu sebaik beliau tiba.

Dr Mahathir, ketika ditanya sama ada beliau teruja mengenai debat terbuka mengenai kontroversi 1MDB dan Bumiputra Malaysia Finance serta RM2.6 bilion kepada perdana menteri, berkata: “Sudah tentu saya amat teruja.”

Rupanya Menteri Ini Mahu Letak Jawatan Tapi Tak Jadi?


Beliau menambah dirinya sudah lama bersiap sedia untuk debat itu.

Nazri, yang juga ahli Parlimen Padang Rengas, berkata debat seperti itu saluran terbaik untuk menyuarakan pandangan.

Debat dijadualkan diadakan di dewan Maktab Rendah Sains Mara di Kuala Kangsar pada Sabtu, tetapi dibatalkan selepas polis menolak permohonan penganjuran debat, kerana ia diadakan dalam kawasan sekolah.

Rupanya Menteri Ini Mahu Letak Jawatan Tapi Tak Jadi? Debat akan diadakan pada 7 April di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...