Friday, 31 March 2017

Rupanya Individu Ini Rasuah Sultan Johor?

Rupanya Individu Ini Rasuah Sultan Johor? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga 12 malam ini kepada individu yang cuba merasuah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan pingat untuk menyerah diri di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata jika ingkar, nama serta gambar individu itu akan didedahkan.

Rupanya Individu Ini Rasuah Sultan Johor?  “Kami tahu dia masih berada dalam negara dan kami juga bekerjasama dengan pihak berkaitan menghalang atau menyekat beliau dari meninggalkan negara.

“Dia tahu kami sedang mencarinya dan kalau dia masih berdegil kami akan tahan beliau selepas tempoh yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan suruhanjaya itu susulan pertemuan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan pegawai kanan SPRM yang menghadap Sultan Ibrahim di ibu negara berhubung pendedahan yang dibuat baginda.


Rupanya Individu Ini Rasuah Sultan Johor? 


Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran “Tan Sri” daripada Yang di-Pertuan Agong.

Mengenai keperluan sama ada SPRM perlu merakam kenyataan rasmi daripada Sultan Ibrahim, Azam berkata buat masa ini pihaknya menumpukan usaha untuk “mendapatkan” individu terbabit terlebih dulu.

Rupanya Individu Ini Rasuah Sultan Johor?  “Baginda Sultan bagi maklumat dan kami perlu dapatkan individu ini dulu untuk tindakan seterusnya,” katanya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...