Friday, 3 March 2017

Raja Arab Saudi Buat Kejutan

Raja Arab Saudi Buat Kejutan. Lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz ke Indonesia, akan bertukar menjadi percutian serba mewah apabila beliau dan keluarga diraja dijangka tiba di pulau percutian Bali esok, lapor The Jakarta Post.

Rombongan Salman, diiringi seramai 1,500 pegawai pelbagai peringkat, tiba di Jakarta pada Rabu, dalam rangka lawatan rasmi sebulan ke beberapa negara Asia.

Raja Arab Saudi Buat Kejutan.  Sebelum ini, rombongan yang dikatakan memerlukan pelbagai logistik rumit itu melawat Malaysia, yang menyambutnya meriah disusuli pelbagai perjanjian kerjasama ekonomi bernilai berbilion dolar.

Salman akan bercuti di Bali selama 5 hari, dan antara yang dibawa bersamanya ialah sofa dan televisyen 80 inci, bernilai hampir AS$1.3 juta (RM5.8 juta), yang akan ditempatkan di hotelnya, menurut portal berita kompas.com.

Malah, sebuah tangga khas untuk kegunaan beliau juga dibawa bersama.

Raja Arab Saudi Buat Kejutan


“Tangga dan kereta persendirian sudah tiba di Bali,” kata I Ketut Ardana, pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Indonesia, dipetik Jakarta Post.

Menurutnya, set sofa dan televisyen itu bernilai AS$1,271,979.

Kerajaan Arab Saudi juga menyewa 45 trak khas bagi mengangkut bagasi Salman sepanjang berada di Bali. Semua barangan persendiriannya termasuk bahan makanan sudah pun tiba 2 minggu awal, pada 18 Feb lalu, menurut ketua kastam di Lapangan Terbang Bali, Budi Harjanto.

Salman merupakan raja Arab Saudi pertama melawat Indonesia sejak lawatan Raja Faisal hampir 5 dekad dulu.

Raja Arab Saudi Buat Kejutan.  Rombongan Arab Saudi itu akan ke Jepun, China dan Maldives selepas ini. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...